Langkau ke kandungan utama

Kehadiran Diogo Luis Santo Disambut Oleh DYAM TMJ

Seperti mana yang telah diketahui, Diogo Luis Santo telah menandatangani kontrak bersama kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk musim 2019. Tiada maklumat berkaitan kontrak yan diikat itu untuk jangka masa berapa lama, sama ada setahun atau dua tahun.

Diogo telah pun tiba di Johor Bahru hari ini. Kehadiran beliau telah disambut oleh pemilik JDT sendiri, DYAM TMJ.

Foto : JOHOR Southern Tigers

Ianya dapat dilihat melalui posting terkini laman facebook JOHOR Southern Tigers yang memaparkan Diogo bergambar bersama-sama TMJ.

Kehadiran Diogo bersama JDT amat ditunggu-tunggu dan diperlukan untuk memantapkan pasukan JDT mengharungi Liga Super yang dilihat lebih mencabar dan juga saingan Liga Juara-Juara AFC 2019 (ACL). Sumbangan Diogo amat ditagihkan oleh kerana prestasi beliau bersama Buriram United musim lepas telah menunjukkan prestasi yang amat memberangsangkan.


Ulasan