Sudah mencecah RM50,000.
Nampaknya Tabung CAS Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) yang diwujudkan ekoran perpindahan Akhyar Rashid ke Johor Darul Ta’azim (JDT) kini sudah mengumpul wang berjumlah RM50,000. Jumlah yang diperlukan oleh KFA untuk membawa kes itu ke Mahkamah Timbang Tara Sukan adalah lebih dari RM100,000.
Menurut Setiausaha Kehormat KFA, Mohd Asmirul Anuar Aris seperti dilaporkan Berita Harian, setakat ini pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) seharusnya sudah menerima surat peguam KFA.
“KFA tegas mempertahankan prinsip perlembagaan dan undang-undang negeri serta negara, termasuk undang-undang yang dibuat di bawah FAM dan KFA itu sendiri,” katanya.
Tegasnya, berdasarkan prinsip itulah KFA mengambil tindakan undang-undang dan pihaknya akan akur dengan sebarang keputusan selepas ini.
“Isu sama ada kami akan berpuas hati atau tidak, ia tidak perlu dipersoalkan kerana KFA akan sentiasa mematuhi setiap prosedur yang dibuat sehingga ke peringkat tertinggi.”
Tabung CAS KFA dilancarkan pada Januari lalu dan telah menerima bantuan daripada penyokong-penyokong kuat pasukan Kedah.
Ulasan
Catat Ulasan