Langkau ke kandungan utama

KASHIMA ANTLERS BAKAL BERSAMA JDT DALAM KUMPULAN E ACL 2019

KASHIMA ANTLERS BAKAL BERSAMA JDT DALAM KUMPULAN E ACL 2019

Kashima Antlers Bakal Bersama JDT Dalam Kumpulan E ACL 2019
Juara Liga Juara-Juara AFC 2018 (ACL), Kashima Antlers dari J-League merupakan salah satu pasukan yang menjadi pilihan untuk bersama Kumpulan E ACL 2019. Kashima baharu sahaja menjuarai ACL 2018 buat pertama kalinya pada 10 November lepas setelah mengalahkan pasukan Persepolis dari Iran dengan agregat 2-0.

Kashima Antlers, Juara AFC Champions League 2018

Namun menjuarai ACL 2018 bukanlah satu tiket untuk bersaing dalam ACL 2019. Kashima Antlers terpaksa bersaing semula untuk melayakkan diri ke ACL 2019 dan berebut slot Jepun ke ACL 2019. Tempat kedua dan ketiga Liga Jepun (JL) hanya melayakkan pasukan-pasukan itu ke peringkat playoff sahaja. Memenangi perlawanan playoff itu akan melayakkan mereka ke peringkat kumpulan ACL 2019.
Kashima Antlers menduduki tangga ketiga JL dan memperoleh slot Jepun 4. Slot Jepun 4 itu pula akan bermain dalam playoff 4. Kashima Antlers (56 mata) hampir-hampir gagal mendapat slot Jepun 4 setelah hanya berkelebihan 1 mata sahaja dari Consodale Sapporo (55 mata).


Dalam perlawanan terakhir JL 2018, Kashima seri dengan Sagan Tosu 0-0, manakala Consadole Sapporo juga turut seri 2-2 dengan Sanfrecce Hiroshima. Kashima bernasib baik kerana sapporo hanya mampu seri. sekiranya Sapporo menang, maka Kashima Antlers akan tersingkir terus dari merebut tempat ke ACL 2019.
Sehingga kini, kedudukan Kashima masih belum sah lagi ke ACL 2019 peringkat kumpulan kerana terpaksa melalui perlawanan playoff 4 dahulu. Kashima menunggu pemenang antara Home United (Singapura), Persija Jakarta (Indonesia) atau Newcastle Jets (Australia) di playoff 4. Pemenang akan mara ke Kumpulan E bersama pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Gyeongnam FC (Korea Selatan) serta pemenang playoff 2 (berkemungkinan Shandong Luneng-China).
Kashima Antlers mempunyai reputasi yang tinggi dikalangan pasukan bola sepak Asia. Mereka baru sahaja menamatkan kejuaraan 2018 FIFA Club World Cup dengan menduduki tangga keempat setelah ditewaskan oleh pasukan River Plate. Sebelum itu Kashima tewas di peringkat separuh akhir dengan Real Madrid 1-3.


Namun, Kashima Antlers menjadi pilihan pasukan ke peringkat kumpulan. Antara kejayaan Kashima pada musim 2018 :
Juara AFC Champions League 2018 :
Ke-3 J-League 2018
Ke-4 2018 FIFA Club World Cup
Ke-3/4 Piala Maharaja Jepun 2018
Pasukan-pasukan dalam Kumpulan E ACL 2019 :
Gyeongnam FC (Korea Selatan)
Johor DT (Malaysia)
Playoff 4 (*Kashima Antlers) 
Playoff 2 (*Shandong Luneng)
Sekiranya Kashima Antlers mara ke peringkat kumpulan, maka Kashima akan menunggu kehadiran JDT dalam perlawanan pertama ACL 2019 (MD1) pada 05 Mac 2019 di Kashima Soccer Stadium.

Ulasan