JOHOR DARUL TA'ZIM PENAWAR ‘PARANOID SUPERFLUOUS’ MALAYSIA

Liga Juara-Juara AFC (ACL) adalah kejohanan tahunan bola sepak antara kelab elit Asia. Pertandingan yang diselenggara oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berstatus kejohanan tertinggi di Asia dan menjadi impian semua kelab yang bernaung di bawah AFC.
Imbas kembali, penstrukturan baharu telah dirangka oleh AFC dengan melakukan penggabungan Piala Pemenang Asia dan Piala Super Asia pada musim 2002/03 lalu menjadi Liga Juara-Juara AFC.
Tiada rekod pasukan dari Malaysia sejak penjenamaan semula kejohanan ini pada tahun 2002. Liga Juara-Juara AFC hanya seperti mimpi yang amat mustahil dapat direalisasikan oleh pasukan dari Liga Malaysia.
"Kamu kata impian saya terlalu besar. Pendapat saya fikiran kamu terlalu sempit" - DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor".
Bola sepak tanah air akhirnya mendapat suntikan keyakinan sejak kemunculan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT). JDT membuat penampilan pertama pada tahun 2015 dan berjaya mendakap Piala AFC buat pertama kali dalam sejarah bola sepak negara. Satu kejayaan yang tidak pernah difikirkan oleh pasukan di Malaysia dan tidak akan diperolehi sekiranya JDT tidak wujud.
Mulai daripada sejarah yang dicatatkan oleh JDT, perspektif dan mentaliti konvensional pasukan Malaysia yang dulunya hanya mementingkan pertandingan domestik dan hanya pelengkap jadual apabila bertanding di peringkat luar, kini nampak berubah. JDT menjadi pasukan yang digeruni di rantau ini. Slot ACL adalah indikator terbaru dalam perjalanan menempa kejayaan demi kejayaan JDT.
“Fikiran yang biasa-biasa membincangkan tentang menang dan kalah. Fikiran yang hebat membincangkan tentang membina empayar dan warisan. Apabila saya berkata 50 langkah ke hadapan, mereka ketawa kepada saya. Jadi saya sedang membina sebuah empayar”. - DYAM Tunku Mahkota Johor.
Mimpi tidak selamanya menjadi mimpi, baginda berjaya mengubah impian menjadi kenyataan. Pada tahun 2019, JDT selaku kelab pertama dari Malaysia akan melangkah ke Liga Juara-Juara AFC. Segala hipotetikal DYAM Tunku Mahkota Johor tidak boleh disangkal. JDT berjaya dipandang di mata Asia sebagai sebuah kelab kecil berjiwa besar.
Akhir kata, sesungguhnya tanpa kehadiran DYAM Tunku Mahkota Johor dan JDT dalam arena bola sepak tanahair, revolusi dan transformasi akal mundur bola sepak tempatan tidak akan berganjak.
Inovasi dalam kewujudan JDT bukan saja menaikkan martabat bola sepak negara yang selama ini dipandang sepi oleh negara serantau tetapi juga menjadi penawar ‘paranoid superfluous’ atau ‘ekspresi ketakutan terlampau’ pasukan dan kelab di Malaysia.
"Setelah segala yang diusahakan, sebenarnya saya baru sahaja bermula" - DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
Luaskan Kuasamu Johor.
Sumber artikel: Media JST

Foto JOHOR Southern Tigers.

Ulasan