Langkau ke kandungan utama

JDT lancar jersi baharu

MODEL menunjukkan jersi baharu pasukan JDT ketika majlis pelancaran

MODEL menunjukkan jersi baharu pasukan JDT ketika majlis pelancaran jersi pasukan JDT di Dataran Bandaraya Johor Bahru. - UTUSAN/NUR AISYAH MAZALAN
JOHOR BAHRU 13 Jan. – Ribuan penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) kelihatan teruja ketika menyaksikan pelancaran jersi baharu skuad Harimau Selatan itu bagi mengharungi Liga Malaysia (Liga M) bagi musim 2019.
JDT yang merupakan juara Liga Super lima kali berturut-turut te­rus kekal mendapat kepercayaan daripada Nike Malaysia apabila syarikat gergasi sukan antarabangsa itu menaja skuad Harimau Selatan dengan jumlah RM1.3 juta.
Jersi yang menggunakan teknologi tinggi itu direka mengikut potongan badan pemain selain memberi keselesaan di bahagian bahu menjadikannya lebih ringan.
Selain Harimau Selatan, JDT II, skuad Piala Presiden, Piala Belia dan pemain Akademi JDT turut menggunakan jersi tersebut dan harga jersi keluaran pemain adalah RM549 manakala replika untuk penyokong bernilai RM185.
Majlis tersebut turut dimeriahkan lagi dengan penampilan khas legenda Portugal, Luis Figo yang tampil dalam klip video khas bersama pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Presiden Kelab Bolasepak JDT, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim turut hadir pada majlis pelancaran itu yang berlangsung di Dataran Bandaraya Johor Bahru manakala pemiliknya, Tunku Ismail tidak hadir dan difahamkan beliau berada di luar negara.

Ulasan