JDT IKAT PENJARING TERBANYAK LIGA THAI 2018, DIOGO SANTO Beliau berjaya meraih dua anugerah individu iaitu Pemain Import Terbaik 2018...


Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah memperkenalkan seorang lagi pemain baharu iaitu Diogo Luis Santo, bekas penyerang Buriram United.
Perkara itu diumumkan menerusi satu video pendek pengenalan pemain di laman sosial JOHOR Souther Tigers, jam 10 pagi tadi.

–– ADVERTISEMENT ––


 Menjaringkan 34 gol pada dalam saingan Toyota Thai League 1 musim 2018 pastinya menjadi asbab besar mengapa beliau diikat oleh juara lima kali berturut-turut Liga Super Malaysia, JDT.
Berusia 31 tahun dan berasal dari Brazil, beliau telah menyarung jersi gergasi Thailand sejak musim 2015. Sejak itu, beliau telah merangkul 3 kejuaraan liga, 2 kali piala liga dan sebuah Piala FA Thailand.
Musim ini juga, beliau berjaya meraih dua anugerah individu iaitu Pemain Import Terbaik 2018 dan Penjaring Terbanyak Toyota Thai League 2018  dalam majlis FA Thailand Awards.
Dan pengalaman beliau bermain di pentas Liga Juara-Juara AFC pasti menjadi aset tambahan kepada JDT yang mengharungi saingan sulung mereka pada musim 2019 selain daripada misi mempertahankan kejuaraan Liga Super.
Kredit Foto: Johor Southern Tigers

Ulasan