Kesemua pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) rasa bertuah hari ini kerana pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah berkenan mengurniakan setiap seorang pemain seutas jam tangan berjenama Rolex. Tidak ketinggalan juga hadiah itu diberi kepada staf kelab JDT.
Hadiah tersebut adalah sebagai tanda penghargaan di atas usaha keras dan dedikasi mereka terhadap JDT selama ini. Sejak penjenamaa JDT pada 2013, JDT sudah mengumpul sebanyak 11 trofi dalam koleksi mereka termasuk 2 trofi pada musim lepas (Piala Sumbangsih dan Juara Liga Super).
Pemilik JDT, DYAM TMJ berasa bangga atas kejayaan yang selama ini dikecapi oleh JDT. Atas kesungguhan dan komitmen pemain tersebut, jasa mereka dihargai dengan hadiah sangat bernilai itu. Seperti mana yang kita tahu nilai jam tangan Rolex sememangnya mahal dan bernilai tinggi. Tidak pasti Rolex model apa yang mereka terima namun yang pasti dalam lingkungan puluhan ribu.
Aidil Zafuan Abd Radzak, La’Vere Corbin-Ong, Fadhli Shas, Syafiq Ahmad dan Kiko Insa telah mewakili pasukan JDT. Turut hadir adalah Luciano Figueroa, Pengurus dan Ketua Jurulatih JDT.
Difahamkan baginda juga turut hadir di Bangkok bersama pasukan dalam siri jelajah Thailand untuk membuat persiapan awal musim 2019.
Sebelum ini, Baginda begitu teruja sekali kerana energy’ yang ditunjukkan oleh para pemain, gaya permainan dan intensiti mereka sungguh yang menakjubkan yang ditunjukkan ketika persiapan menjelang musim 2019.
“Saya perlu memberitahu anda bahawa selama bertahun-tahun saya melihat persiapan pramusim, ini adalah tahun yang paling memuaskan.” kata Baginda melalui laman facebook Johor Southern Tigers.
Esok, JDT mempunyai satu perlawanan terakhir di Bangkok melawan PTT Rayong FC sebelum pulang ke Johor dan menyambung persiapan menghadapi Liga Malaysia. 11 hari lagi JDT akan bertemu Perak merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah (Piala Sumbangsih 2019) di Stadium Larkin pada 02 Februari 2019.
Ulasan
Catat Ulasan