INTERPRETASI HATI TERHADAP KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA'ZIM
Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), sejak kewujudannya hingga ke hari ini, perasaan iri hati terhadap kelab tersebut tidak pernah berenggang. Umpama bayang-bayang, sikap iri hati itu sentiasa mengekori rapat Harimau Selatan. Apa penyebab utama JDT sentiasa menjadi pilihan utama mereka? Inilah antara sebab-sebab utama;
1. TIDAK MAMPU UNTUK BERSAING
Sifat iri hati muncul apabila mereka tidak mampu untuk bersaing. Perasaan fobia ditinggalkan jauh perkembangan JDT membuatkan mereka terasa terseksa dan terhimpit. Malahan semakin tenat apabila JDT semakin laju melangkah meninggalkan mereka. Setiap kali JDT mencapai kejayaan, setiap kali itu jugalah sifat iri hati semakin menebal di dalam diri mereka.
2. INGIN MENJADI SEPERTI JDT TETAPI TIDAK BERJAYA
Dalam diam, setiap individu yang iri hati ini pasti mencuba sedaya upaya mengikuti perkembangan JDT. Mereka sentiasa memerhati setiap apa yang dikecapi oleh kelab ini. Mereka juga cuba untuk meniru supaya mencapai setiap kejayaan sama seperti JDT. Namun hakikatnya, mereka masih tidak berjaya.
3. TIDAK BOLEH MELIHAT KEJAYAAN YANG DIMILIKI
Keluarga JDT. Keluarga besar ini sentiasa dalam situasi yang senang hati dan menjalani kehidupan yang tersangat baik. JDT sentiasa merasa kejayaan saban tahun. Setiap komponen dalam Keluarga JDT memiliki semua yang mereka tidak mampu miliki. Contohnya seperti pengurusan mempunyai barisan kejurulatihan yang baik, pemain mempunyai pendapatan yang setimpal, penyokong mempunyai seorang tokoh yang yang sentiasa mengutamakan mereka lebih dari segalanya. Kesimpulannya, Keluarga JDT ini cukup integral dan kondusif.
4. MENGANGGAP JDT SEBAGAI MUSUH
Menjadi sebahagian dibawah naungan panji Merah Biru ini bukan mudah. Ini kerana kita akan sentiasa dikelilingi oleh orang-orang yang sentiasa memandang sebagai musuh. Mereka tahu bahawa mereka tidak mampu mengalahkan kita secara bersendirian, oleh itu akan ada sahaja usaha melancarkan propaganda supaya semua yang berkaitan dengan JDT hidup dalam radius kebencian.
5. TIDAK MAMPU MEMILIKI
JDT. Sebuah organisasi yang sangat beruntung mempunyai Putera Raja yang berjiwa rakyat. Mereka hampir pasti tidak boleh mencari individu seperti DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor. Apabila melihat JDT sentiasa berdiri teguh dan tidak bergoyang, iri hati itu secara automatik eksistensi. Sebenarnya mereka kecewa dan benci kepada diri sendiri namun terpaksa dilemparkan kepada orang lain.
Akhir kata, jangan hiraukan golongan yang iri hati ke atas kita. Tenang dan lihat sahaja usaha mereka untuk menjadi seperti kita. Dalam kesibukan melayan sifat iri hati, mereka pasti terlupa jati diri mereka sendiri. Kita ambil kesempatan itu dengan menjana rasa iri hati mereka untuk dijadikan sumber kekuatan supaya kita terus gah di atas takhta. Percayalah, kejayaan kita bakal menjadi radiasi yang mengakibatkan mereka terus depresi.
Kepada pejuang-pejuang Harimau Selatan, abaikan sahaja mereka itu. Ayuh pandang ke hadapan. Luaskan Kuasamu Johor.
Sumber artikel: Media JST
Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
Ulasan
Catat Ulasan