INTERESTING FACTS | HISTORY OF JOHOR | PROSPERITY OF PEOPLE A PRIORITY FOR JOHOR SULTANATE - PART THREE

FAKTA MENARIK | SEJARAH NEGERI JOHOR | KESEJAHTERAAN RAKYAT KEUTAMAAN KESULTANAN JOHOR - BAHAGIAN TIGA
Kesultanan Johor Moden banyak menyumbang kepada pembentukan negeri Johor Moden selepas berpecahnya empayar Johor-Riau. Ketika pemerintahan Sultan Sir Ibrahim, kewangan negeri Johor sedikit susut kerana perbelanjaan besar digunakan untuk membangunkan negeri yang masih baru ketika zaman Sultan Sir Abu Bakar.
Walaupun begitu, Sultan Sir Ibrahim tetap tidak mahu mengetepikan kebajikan rakyat baginda. Sebagai raja yang memahami keperluan rakyat dan negeri, semua elaun khas tidak diambil oleh baginda selama 64 tahun memerintah. Elaun tersebut dibahagi-bahagikan untuk kebajikan rakyat dan negeri. Baginda juga secara peribadi telah mengeluarkan belanja membina masjid dan kemudahan infrastruktur lain di negeri Johor.
Ia menjadi tradisi turun temurun sejak dari itu. Selama 22 tahun Sultan Sir Ismail dan 29 tahun Sultan Iskandar memerintah negeri Johor, segala elaun baginda digunakan untuk keperluan rakyat dalam pelbagai bidang melalui sebuah yayasan diraja. Malah, elaun bulanan Sultan Iskandar selama menjalankan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong dari tahun 1984 hingga 1989 dikurniakan keseluruhannya untuk kegunaan rakyat melalui Yayasan Sultan Iskandar.
Ini menjadikan Sultan Iskandar selaku satu-satunya Yang di-Pertuan Agong yang tidak mengambil elaun dari Kerajaan Persekutuan. Malah, baginda juga kerap bersemayam di Istana Johor di Kuala Lumpur berbanding di Istana Negara kerana tidak mahu terlalu menggunakan wang kerajaan.
DYMM Sultan Ibrahim dan DYAM Tunku Mahkota Johor ternyata mewarisi sifat kemuliaan Kesultanan Johor terhadap rakyatnya yang tidak mengambil elaun bulanan sebagai seorang Sultan dan Tunku Mahkota Johor. Malah, baginda turut menambah lagi sumbangan wang peribadi untuk perbelanjaan dan keperluan keluarga fakir miskin terpilih tidak mengira kaum di setiap daerah dalam negeri Johor dan juga sumbangan-sumbangan lain yang dilakukan secara spontan serta tidak dirancang. Allah Peliharakan Sultan.
———
INTERESTING FACTS | HISTORY OF JOHOR | PROSPERITY OF PEOPLE A PRIORITY FOR JOHOR SULTANATE - PART THREE
The Modern Johor Sultanate has contributed massively to the formation of Modern Johor after the Johor-Riau Empire dissolved. During the reign of Sultan Sir Ibrahim, Johor's finances suffered because a huge spending was required to develop the new state during the Sultan Sir Abu Bakar era.
Despite that, Sultan Sir Ibrahim did not forsake the welfare of His Majesty's subjects. As a ruler who understood the needs of the people and state, all special allowances were not taken by His Majesty during a reign of 64 years. The allowances were split up for the welfare of the people and state. His Majesty also provided personal contributions to build mosques and other infrastructures in Johor.
That has been the tradition for a long time. For 22 years under Sultan Sir Ismail and 29 years under Sultan Iskandar, all allocated special allowances were channeled into various fields through a royal foundation for the people. In fact, Sultan Iskandar's monthly allowance as Yang di-Pertuan Agong from 1984 to 1989 was given to the people through Yayasan Sultan Iskandar.
This made Sultan Iskandar the only Yang di-Pertuan Agong who did not take allowances from the Federal Government. His Majesty also mostly spent time at the Johor Palace in Kuala Lumpur instead of the National Palace to avoid using too much of the government's funds.
HM Sultan Ibrahim and HRH Crown Prince of Johor have clearly inherited the Johor Sultanate's dignity toward the people by not taking up allowances as Sultan and Crown Prince of Johor. On top of that, His Majesty has also increased personal contributions to the spending and funding for poor families regardless of race in every district of Johor and other contributions have also been made spontaneously and without planning. Allah Peliharakan Sultan.

Ulasan