- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali lagi mencipta sejarah apabila menjadi pasukan pertama dalam Liga Malaysia 2019 akan memperkenalkan jersi baharu mereka pada hari ini, Sabtu, 12 Januari 2019.
Jersi baharu JDT itu telah direka khas oleh ibu pejabat Nike di Amerika Syarikat. Perasmian itu akan dilangsungkan sehari selepas perlawanan persahabatan antara JDT dan Home United yang berkesudahan JDT menang 5-0.
Pasukan pereka grafik ini juga adalah pasukan yang sama mereka jersi untuk kelab Barcelona, Paris Saint-Germain dan skuad kebangsaan Brazil.
Penyokong berpeluang menyaksikan perasmian jersi baharu ‘Home’ dan ‘Away’ musim 2019 di Dataran Bandaraya Johor Bahru serta beberapa daerah yang terpilih akan menerima live streaming pada waktu yang sama.
Kenyataan tersebut dimaklumkan melalui laman facebook rasmi Johor Southern Tigers.
Menurut JST, jersi baharu musim ini datang dalam dua varian iaitu varian Jersi Authenthic (Player Issue) dan Varian Jersi Replika (Fans Issue).
‘Player Issue’
Akan menampilkan rekaan dan kualiti material yang terbaik pernah dihasilkan untuk JDT oleh Nike selain mempunyai potongan baju mengikut badan pemain (Body Fit).
“Ia dilengkapi dengan teknologi pembuatan terbaru dari Nike dan lebih ringan untuk keselesaan pemain. Jersi varian ‘Player Issue’ yang berharga RM549 ini akan digunakan eksklusif oleh skuad utama JDT.
‘Fans Issue’
Ia lebih kepada untuk memenuhi permintaan dan keselesaan penyokong. Varian jersi ini menyamai rekaan varian ‘Player Issue’ tetapi berbeza dari segi teknologi pembuatannya, kadar keregangan dan jenis fabrik, untuk menjadikannya lebih murah tetapi masih berkualiti.
Mengikut JST, ‘Fans Issue’ boleh didapati dengan harga RM185 dimana ia lebih murah daripada varian ‘Player Issue’,” jelas media JST
Marilah kita beramai-ramai hadir pada perasmian tersebut di Dataran Johor Bahru atau hadir di lokasi setiap daerah Johor dan mendapatkan sehelai dua jersi tersebut semampu anda.

Ulasan
Catat Ulasan