Langkau ke kandungan utama

DOLLAH SALLEH TIDAK TERKILAN JIKA LIRIDON KE JDT

DOLLAH SALLEH TIDAK TERKILAN JIKA LIRIDON KE JDT

Dollah Salleh Tidak Terkilan Jika Liridon Ke JDT
“Anda pun dah tahu, media semalam dah siar, kita dapat tahu bahawa Mat Don akan pergi ke JDT, itu yang saya tahu setakat ini. Kita bukan tiada calon, kita masih ada lagi beberapa pemain dalam perhatian.” kata Dollah Salleh, jurulatih pasukan Pahang.
Itulah respon Dollah Salleh apabila ditanya setelah mengetahui Liridon tidak akan bersama pasukan Pahang musim ini. Sebelum ini ada khabar-khabar angin Liridon akan ke Pahang
“Cuma kita ada agak lewat kerana berdepan beberapa kekangan termasuk daripada segi menguruskan visa pemain. Tapi kita sedang berusaha untuk selesaikan secepat mungkin dan pastikan sebelum bermula liga, kita dapat pemain itu,” katanya.
Juara bertahan Piala FA 2018, Pahang tidak rasa terkilan sekiranya bekas pemain Kedah, Liridon Krasniqi tidak memilih skuad Tok Gajah untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.
Liridon yang sebelum ini dikatakan hampir pasti menyertai Pahang, mencetuskan rasa tanda tanya selepas dia memuat naik gambarnya bersama pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim di laman sosial, Instagram miliknya semalam.
Pengurus pasukan Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang turut berkata, pihaknya tidak boleh menghalang keputusan daripada pemain itu hendak ke mana sekalipun.
Beliau mengakui pihaknya ada mengadakan perbincangan dengan pemain kelahiran Kosovo itu sebelum ini.
“Walaupun ada perbincangan secara lisan, terpulang kepada pemain itu. Kalau dia buat keputusan untuk bermain dengan kelab lain, kami tak boleh buat apa-apa sebab itu pilihan pemain.
“Kalau dia sudah rasmi menyertai kelab lain, mungkin peminat tidak lagi menaruh harapan dan kita doakan supaya dia berjaya,” katanya selepas majlis menandatangani perjanjian penajaan Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd, di sini, hari ini. 
“Tugas kami adalah untuk memandang ke depan dan mencari pemain setanding dia atau lebih baik lagi. 
Beliau juga percaya dengan taktikal dan pengalaman jurulatih Dollah Salleh dalam membuat pilihan pemain.
Jika pemain berusia 27 tahun itu sah menyertai JDT, dia mungkin akan disenaraikan dalam skuad JDT II.
JDT sebelum ini telah mengesahkan sudah melengkapkan kuota lima pemain import.
Sekiranya pemain yang lebih dikenali sebagai Mat Don melengkapkan lima tahun beraksi di Liga M, selepas empat musim bersama Kedah, beliau mempunyai peluang cerah untuk diserap sebagai pemain naturalisasi kedua negara.
Sementara itu, Dollah berkata beliau sudah mempunyai beberapa calon pemain import lain untuk dijadikan taruhan buat skuad Tok Gajah musim ini.

Ulasan