Debaran saingan Liga Malaysia (Liga-M) kian terasa apabila kesemua pasukan sudah bersedia untuk mengharungi cabaran getir musim ini.
Bekas pemain dan bekas penolong jurulatih kebangsaan, Reduan Abdullah, menjangkakan saingan Liga Super kali ini akan berlangsung sengit membabitkan lebih daripada empat pasukan.
Kehebatan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam Liga Super sememangnya sukar digugat menerusi kejuaraan lima musim berturut-turut.
Ketika JDT tetap dianggap pilihan utama, beberapa pasukan lain tampak mampu menjadi pencabar hebat bagi menggugat status pasukan Harimau Selatan itu musim ini.
Antaranya Perak selaku juara Piala Malaysia dan Pahang selaku juara Piala FA musim lalu.
Persaingan itu akan turut melibatkan naib juara Piala Malaysia musim lalu, Terengganu.
Turut diramal berpotensi mencabar kejuaraan adalah tiga pasukan lain, iaitu Melaka United, Selangor dan Kedah.
"Saya berasakan persaingan musim ini lebih sukar.
"JDT merupakan pasukan pilihan untuk meraih kejuaraan, namun pasukan lain seperti Pahang, Perak, Kedah dan Terengganu juga sudah mula mempamerkan kebangkitan hebat.
"Ia berbeza berbanding musim lalu memadangkan saingan kali ini lebih terbuka kepada kesemua pasukan," katanya.

Tag
Ulasan
Catat Ulasan