Berita yang agak mengejutkan setelah mendapat info melalui akaun instagram peribadi Syazwan Andik, pemain pertahanan Kuala Lumpur.
Sebelum ini kita mendapat maklumat dari media social berkaitan kemungkinan Syazwan Andik akan berpindah keluar sama ada ke Selangor atau Melaka United mahu pun Johor Darul Ta’zim (JDT). Berbagai spekulasi berlegar juga melalui akhbar-akhbar kema akan pergi dan pasukan mana yang akan beliau sertai untuk musim 2019 ini.
Turut menjadi perbualan adalah mengapa beliau mahu berpindah keluar dari pasukan Kuala Lumpur (KL). Ada yang mengatakan semuanya kerana masalah tunggakan gaji bersama KL.
Sekitar awal malam tadi, Syazwan sendiri telah membuat pengakuan yang memeranjatkan kita apabila mengatakan beliau telah menamatkan kontraknya bersama pasukan Kuala Lumpur. Syazwan turut memberitahu, beliau sudah dua bulan (November dan Disember) tidak menerima gaji.
Atas alasan itulah yang membuatkan Syazwan Andik menamatkan kontraknya.
“Terdapat satu syarat dalam kontrak saya dengan KLFA yang membenarkan saya menamatkan kontrak jika saya tidak menerima gaji untuk dua bulan.” Kata Syazwan
Syazwan telah memberi surat kepada Ketua Jurulatih Yusri Che Lah pada pada 9 January dan memberitahunya tentang hasrat beliau untuk menamatkan kontrak.
“Saya juga telah menghantar e-mel kepada KLFA untuk menamatkan kontrak atas sebab tidak menerima gaji.
Sebelum ini telah heboh di media social tentang kehadiran Syazwan dalam sesi latihan bersapa pasukan JDT.
Kami dapat mengesahkan kehadiran Syazwan Andik bersama JDT apabila beliau kelihatan bersama JDT di bangku simpanan tetapi tidak diturunkan bermain.

Tidak mengira pasukan mana sekali pun, diharap Syazwan Andik mendapat pasukan baharu yang benar-benar dapat menggilap serta meningkatkan permainan beliau.
** Berlatih bersama JDT dan berada bersama pemain simpanan JDT belum mengesahkan Syazwan akan bersama JDT. Kita masih belum mendapat berita rasmi lagi dari pihak JDT.

Ulasan
Catat Ulasan