BANGUN HARIMAU BANGUN!

BANGUN HARIMAU BANGUN!
Musim baharu Liga Malaysia hampir menjengah, panji perjuangan sudah bersedia dikibar jangan berlengah, bila kira detik hati pula rasa berdebar, palpitasi laju akibat menular perasaan tidak sabar, manakala satu Malaya sudah mula bangkit dari kasur, umpama terkena bedilan Lela Rentaka mereka terkejut dari dengkur.
Kemunculan semula Harimau Selatan pastinya menjadi naratif imej tumpu, antigen pengubat rindu penyokong setia yang semakin tepu, tidak kurang juga banyak mata liar yang tidak letih menunggu, mencari agitasi terbaharu menjadi modal datang mengganggu.
"Wajah musim baharu"
Ketika ini, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah mempersiapkan Harimau Selatan supaya lebih mantap pada musim dua ribu sembilan belas yang bakal menjelang, ini menandakan bahawa Tunku serius untuk menghadapi musim panjang dengan cemerlang. Mauricio dos Santos Nascimento, Aaron Niguez dan Diogo Santos antara kesateria baharu menjadi taruhan skuad Harimau Selatan memperkuatkan strategi dan formasi, sebagai transisi menambah swadaya projeksi buat Harimau Selatan supaya terus konsisten beraksi.
“Cabaran getir”
Impian adalah sebuah cita-cita yang memerlukan kesungguhan luar biasa untuk direalisasikan. Dengan impian, manusia progresif untuk mencapai arah tujuan. Tunku telah berusaha menjadikan impian Bangsa Johor menjadi kenyataan, apabila takhta kuasa bola sepak Malaya kini lima tahun mutlak dalam genggaman.
“Fikirkan hal-hal yang paling hebat, kita akan menjadi yang terhebat, tetapkan akal pada hal tertinggi, dan kita pasti akan mencapai yang tertinggi”- DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
"Semoga berjaya"
Maka pada tahun ini, impian baharu jadi serampang dua mata, tugas getir menjadi sukar berlipat kali ganda, pemburuan kejuaraan kali keenam Liga Super Malaysia akan menjadi tanda aras utama, selain memberi tentangan hebat pada penampilan sulung Liga Juara-Juara AFC buat kali pertama.
Tidak boleh disangkal, musim dua ribu sembilan belas cabaran kita lebih kritikal, setiap pasukan di Malaya kini berubah secara radikal, mereka mula sedar lompat keluar dari kubikel, setelah sekian lama selesa bergelumang dengan cara konvensional.
Itu sebenarnya perkembangan positif, setiap cabaran pasti membuatkan kita proaktif, jangan gentar selagi kita berintegrasi dan kolateral, setiap pertaruhan kejuaraan insya-Allah kita cuba kaut secara pukal.
Sehebat mana halangan mendatang, bersama kita rempuh segala penghalang, sekuat mana tangkal besi yang mereka canang, tiba masa karat juga jika terlanggar pantang, segempar mana monodrama yang mereka rancang, kita layari dengan hati yang gembira, cekal dan tenang.
Apapun yang berlaku teguhkan jiwa jangan dibimbang, jangan biarkan empayar ini goyang akhirnya runtuh dan tumbang. Sentiasa yakin optimis dengan objektif, kerana Harimau Selatan akan kekal kualitatif.
“Piala Sumbangsih”
Stadium Larkin lebih tiga bulan senyap dan sunyi, kini bakal bergegar buat sekian kali, bila Sabtu ini seluruh keluarga kembali reunifikasi, kerana cuti panjang sudah tamat kini tiba masa kokurensi. Pada malam itu, sudah pasti suara kita sehebat letupan Ivy Mike di Pulau Elugelab. Radiasinya bakal membuat yang bertandang berdukacita berharapan malap. Segenap sudut rumah pastikan tiada ruang, biar ingkarserasi si Seladang jangan diberi ia peluang.
Piala Sumbangsih itu perlu kita pertahankan, walau apa cara jangan sekali kita lepaskan!
Akhir kalam, dalam era pascakebangkitan Harimau Selatan, impian penyokong telah Tunku utamakan, Tunku merasakan bahawa penyokong juga menjadi elemen penting dalam perjalanan. Elemen yang menjadi indikator kekuatan menghindar kapitulasi, menjadi alteratif berkesan buat pemain ketika bergelut dengan prestasi.
Maka sebagai penyokong kita harus sentiasa menjadi pendorong, sentiasa dibelakang jangan putus harapan untuk menyokong. Berbagai usaha Tunku lakukan supaya Harimau Selatan terus mendominasi, jangan kita balas dengan sokongan yang bergred imitasi. Kita sentiasa yang terbaik, sampai bila-bila pastikan terbaik!
"Bola sepak di Malaysia ibarat medan perang. Saya tidak melihat JDT sebagai johan, tetapi sebagai "survivor". Itu yang saya lihat, kita terus hidup walaupun berdepan apa jua keadaan"- DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
Merah itu darahmu, biru itu nyawamu.
Dayung sudah ditangan, perahu sudah di air,
Elok kata dalam muafakat, buruk kata luar muafakat.
Sumber artikel: Media JST

Ulasan