Akhyar Rashid Sudah Mula Kelihatan Berlatih Bersama Pasukan JDT Semalam.

Selepas beberapa minggu diselubungi kontroversi, Akhyar Rashid akhirnya membuat penampilan pertama dalam sesi latihan bersama Johor Darul Ta'zim (JDT), sambil meninggalkan pesanan buat pasukan lamanya, Kedah.


Beberapa jam selepas JDT memuat naik gambar penyerang berusia 19 tahun itu menjalani latihan dalam Facebook, JOHOR Southern Tiger, Akhyar pula menulis rasa penghargaannya kepada Lang Merah dalam Instagram.

“Terima kasih Kedah atas segala-galanya! Semoga berjaya dan cemerlang pada tahun 2019! Terima kasih juga untuk penyokong tegar Hijau Kuning yang banyak menyokong saya selama ini. #PulunKedahPulun," tulisnya.

Dengan disaksikan pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Akhyar kelihatan penuh bersemangat menjalani latihan bersama juara Liga Super lima kali berturut-turut itu biarpun kemelutnya bersama Kedah belum berakhir.

JOHOR Southern Tigers turut memuat naik klip video berdurasi satu minit yang menimbulkan kemarahan penyokong Kedah hingga menghambur komen negatif.

Sumber : Utusan Malaysia

Ulasan