Akhyar Rashid sah menjadi milik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas pengumuman JDT sendiri melalui laman facebook baru-baru ini. Kemudian ia disahkan pula sekali lagi oleh pihak Liga Bolasepak Malaysia (MFL) melalui berita dari akhbar Berita Harian hari ini.
MFL mengesahkan Akhyar Rashid adalah pemain JDT selepas Harimau Selatan itu mendaftarkan nama beliau dalam senarai pemain kepada pentadbir liga itu.
Pengesahan itu sudah tentu melegakan Akhyar sendiri serta penyokong JDT sendiri yang selama ini menjadi titik perbualan dalam media social tentang kesahihan itu.
Akhyar terpalit dengan kemelut perebutan antara bekas majikannya Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dan JDT, yang menyaksikan KFA bakal mengheret isu perpindahannya ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) dalam bulan ini juga.
Walaupun KFA enggan melepaskan Sijil Perpindahan Negeri (SPN) atau Surat Pelepasan, JDT masih boleh menggunakan status 'pelepasan sementara' yang akan dikeluarkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi mendaftar Akhyar sevagai pemain JDT.
Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam berkata pasukan JDT adalah antara pasukan terawal yang telah mendaftar senarai nama pemain [ada 07 Januari lalu. Walaupun nama Akhyar ada dalam senarai namun beliau terpaksa menunggu selama 14 hari untuk mendapat surat pelepasan daripada KFA.
Kata Kevin, "Hari ini adalah hari terakhir untuk semua pasukan menyerahkan pendaftaran pemain yang pertama sebelum pendaftaran kedua pada penghujung bulan depan iaitu pada 20 Februari.
"Sekiranya KFA tidak memberi surat pelepasan dalam tempoh 14 hari bermula 7 Januari lalu, Akhyar boleh mendapatkan pelepasan sementara daripada FAM bagi membolehkannya beraksi dalam liga dan ia peraturan sama seperti yang digunakan oleh FIFA (Persekutuan Bolasepak Antarabangsa).” kata Kevin.
"Jadi, Akhyar tak ada masalah untuk bermain dan dia boleh diturunkan untuk aksi pertama JDT (Piala Sultan Ahmad Shah) menentang Perak pada 2 Februari ini,"
Ulasan
Catat Ulasan