Langkau ke kandungan utama

ADAKAH LIRIDON AKAN MENYARUNG JERSI MELAKA SELEPAS DIKAITKAN DENGAN PAHANG DAN JDT

ADAKAH LIRIDON AKAN MENYARUNG JERSI MELAKA SELEPAS DIKAITKAN DENGAN PAHANG DAN JDT

Adakah Liridon Akan Menyarung Jersi Melaka Selepas Dikaitkan Dengan Pahang Dan JDT
Cerita sensasi sekarang ini adalah berkaitan dengan Liridon Krasniqi. Nama beliau sering disebut-sebut dan dikaitkan dengan Johor Darul Ta’zim (JDT), Melaka dan Pahang.
Ramai terranya-tanya adakah mungkin Liridon menyertai JDT atau Melaka United. 
Sejak awal lagi pada tahun lepas, Kedah telah mengumumkan tidak akan menyambung khidmat Liridon. Selepas itu beliau dikatakan telah berurusan dengan pasukan Pahang. Namun tidak jelas sama ada Liridon telah bertemu sendiri dengan pengurusan Pahang atau hanya melalui perbualan telefon sahaja.
Tidak berapa lama selepas itu, belum sempat Pahang mengikat Liridon secara rasmi, beliau pula telah dikaitkan dengan JDT setelah gambar beliau dengan TMJ tersiar melalui media sosial.
Baru-baru ini di media sosial tersiar gambar pengendali MU, Zainal Abidin Hassan dan Liridon dan telah dikaitkan bakal menyarung jersi skuad Hang Tuah bagi mengharungi Liga Super yang akan bermula pada 1 Februari ini.
Apabila ditanya oleh warrawan NSTP, Pengurus MU, Datuk Yusoff Mahadi enggan mengulas lanjut mengenai kedudukan bekas pemain Kedah itu. Namun, Yusoff mengakui bersedia untuk membuka pintu rundingan bersama Liridon yang berusia 27 tahun itu.
Datuk Yusoff sebaliknya menyerahkan keputusan itu kepada Presiden MUSA, Adly Zahari dan jurulatih pasukan untuk menentukannya.
“Memang sudah menjadi viral semalam apabila Liridon hadir ke Melaka dan kebetulan saya tidak ada di Melaka.
Beliau turut berkata belum ada perbincangan secara muktamad dengan Liridon, mungkin dia datang kerana berminat nak bersama Malaka United.
Selain dari itu tersapat juga andaian dari peminat bola sepak negara, Liridon akan bersama JDT dan diberi pinjam (loan) ke Melaka memandangkan Liridon hanya memerlukan setahun sahaja lagi berada dan bermain di Liga Malaysia sebelum boleh menjadi pemain naturalisasi.
Apa pun kita tunggu keputusan akhir ke manakah Liridon Krasniqi atau lebih dikenali sebagai Mat Don akan menyarung jersi pasukan mana.

Ulasan