Malam tadi adalah malam bermakna buat Akhyar Rashid apabila telah membuat penampilan pertama bersama pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) musim ini, walaupun hanya sekadar dalam perlawanan persahabatan.
Namun ia sudah cukup menggambarkan bagaimana penampilan beliau boleh menyumbang sesuatu kepada JDT jika diperlukan. Perlawanan persahabatan sebenarnya bukan kayu pengukur sesebuah pasukan mahu pun seseorang pemain itu. Tapi rata-rata penyokong teruja setiap kali Akhyar menerima dan mengawal bola dan berpuas hati dengan permainan beliau sepanjang 45 minit permainan.
Akhyar diturunkan dalam separuh masa kedua perlawanan malam tadi ketika menentang pasukan dari Singapura yang akan ke Liga Juara-Juara AFC 2019 peringkat kelayakan, Home United. Separuh masa kedua menampilkan set kedua pasukan JDT berbanding dengan separuh masa kedua. Walaupun barisan dalam separuh masa pertama menampilkan bayangan barisan utama, namun ada beberapa pemain dalam separuh masa kedua boleh berada dalam barisan pertama sebenarnya. Sekurang-kurangnya dua atau tiga pemain.
JDT berjaya menundukkan Home United dengan jaringan 5-0 sehingga perlawanan tamat. DI separuh masa pertama, JDT berjaya mendahului Home United 3-0 hasil jaringan Gonzalo Cabrera, Aaron Niguez dan Hariss Harun.
Di separuh masa kedua, Hazwan Bakri dan Safawi Rasid melengkapkan kemenangan 5-0 terhadap Home United.
Menariknya Akhyar melalui penampilan pertama bersama JDT malam tadi berjaya membuat 2 assists (penyumbang gol) iaitu lorongan cantik kepada Hazwan dan Safawi Rasid. Ia sudah tentu membuatkan pengurusan dan para penyokong JDT merasa lega dan gembira akan kehadiran beliau bersama JDT.
Semoga beliau JDT dapat menggilap lagi pemain muda seperti Akhyar ini supaya prestasinya lebih meningkat dimasa akan datang ini.
Ulasan
Catat Ulasan