Welcome to Johor Darul Ta’zim Mauricio dos Santos Nascimento

Posting terbaharu Mauricio dos Santos melalui akaun instagram beliau 7 jam yang lepas menunjukkan beliau sudah pun berada di Johor Bahru dan menginap di Hotel Thistle berdekatan dengan Pusat Latihan Johor Darul Ta’zim.

ig Mauricio dos Santos

Pasukan JDT akan memulakan katihan persiapan awal menghadapi musim 2019 pada hari esok, Isnin, 03 Disember 2018 di Pusat Latihan Seri Gelam, Johor Bahru. Mereka akan memulakan latihan itu tanpa 7 penain yang sedang mengikuti skuad kebangsaan menghadapi kejuaraan Piala AFF Suzuki 2018 yang sekarang ini sudah masuk ke peringkat separuh akhir pertama.

Dua pemain import baharu JDT, Mauricio doa Santos Nascimento dan Aaron Niguez (abang kepada Saul Niguez) dijangka turut bersama esok. 

7 pemain yang terlibat dalam Piala AFF Suzuki pula akan turut bersama sebaik sahaja selesai rehat selepas tamat kejuaraan tersebut.

Pasukan JDT dijangka akan mengadakan beberapa perlawanan ujian awal musim di negara jiran seperti yang pernah dimaklumkan okeh pengurusan JDT sebelum ini.

Kelab yang menjadi pilihan JDT seperti Buriram (Kumpulan G ACL2019), Bangkok United (laluan ke playoff 2 ACL2019) dan Muangthong United (playoff ACL2018). 

Kehadiran dua pemain import baharu itu (Mauricio dan Aaron) dijangka dapat memantapkan lagi pasukn JDT musim 2019, ditambah pula seorang lagi pemain import baharu (di posisi false 9) yang dalam proses menandatangani kontrak bersama JDT.

Update (8.00 pm) :

Sementara itu Aaron Niguez juga telah sampai di Singapura ditemani oleh Natxo Insa dan Kiko Insa menuju ke Johor Bahru sebentar tadi.

Ulasan