Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim ataupun lebih dikenali TMJ mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Persija Jakarta yang menjuarai Liga 1 Indonesia, sekaligus melengkapkan kejuaraan berganda mereka musim ini. Sebelum ini Persija sudah menjulang Piala Presiden.
Persija menewaskan PSM dengan hanya beza 1 mata. Persija Jakarta berjaya menamatkan kemarau kejuaraan liga selepas 17 tahun. Selain itu, Persija juga meninggalkan jauh seteru perit mereka – Persib Bandung yang dibimbing oleh Mario Gomez.
Persib Bandung menamatkan saingan di tangga ke-4 dengan hanya 52 mata – 10 mata di belakang Persija Jakarta.
TMJ berkata: “Tahniah kepada Persija Jakarta kerana berjaya menjadi Juara Liga 1 Indonesia untuk kali ke-11 selepas kali terakhir menjuarainya pada tahun 2001.”
“Selain menjuarai Liga 1 Indonesia, Persija turut berjaya memenangi Piala Presiden tahun ini. Tahniah sekali lagi saya ucapkan atas kejayaan meraih piala tersebut.”
TMJ kemudian menyindir Mario Gomez dengan menyatakan jurulatih hanya boleh menang (trofi) ketika bersama JDT, namun tidak mampu melakukannya dengan pasukan lain. Kenyataan itu berbunyi: “Sesetengah jurulatih hanya boleh menang dengan bersama JDT. [Mereka] tidak pernah menang sebelum ini dan sekarang.”
Mario Gomez adalah jurulatih yang membimbing JDT dan berjaya membantu kelab tersebut menjuarai Piala AFC pada 2015.
Namun perbezaan pandangan Gomez dan falsafah kelab telah membuatkan pengendali itu meninggalkan JDT – dilaporkan penamatan kontrak atas persetujuan bersama.
Mario Gomez kemudiannya diumumkan TMJ sebagai bakal ketua jurulatih Harimau Malaya yang baharu. Walaubagaimanapun perjanjian itu gagal dimuktamadkan kerana isu tuntutan gaji yang sangat tinggi. Namun Mario Gomez menafikan akan hal itu.
Gomez berkata: “Itu tidak benar. Saya tidak meminta lebih daripada gaji yang diperoleh ketika bersama JDT. Saya hanya ditawarkan kontrak selama setahun sedangkan sekurang-kurangnya dua tahun diperlukan untuk membawa perubahan kepada pasukan [Malaysia].”
Agak mengejuttkan, tidak lama selepas itu, Mario Gomez telah menuntut gaji beliau. Gomez mahu akan mengheret JDT ke mahkamah dan melaporkan hal itu kepada FIFA.
Hal itu telah membuatkan JDT agak berang. TMJ memberikan respon menyatakan, mustahil JDT tidak mampu membayar gaji Mario Gomez. Sebaliknya jurulatih itu sengaja mahu memburukkan reputasi JDT.
Alistair Edward menganggap Mario Gomez sebagai merapu dan JDT sudah bersedia dengan pasukan guaman mereka untuk mengambil tindakan ke atas Gomez.
Pada November 2017, Gomez telah dilantik menjadi ketua jurulatih di Persib Bandung menggantikan Djajang Nurdjaman. Beliau gagal membantu Persib Bandung menamatkan kemarau kejuaraan Liga 1 Indonesia yang mereka menangi 2014.
Persib juga kandas di pusingan kedua dalam saingan Piala Indonesia. Beliau kemudian diumumkan dipecat oleh pengurusan Persib Bandung. Mungkin sebab itu TMJ menyindir Gomez dengan menyatakan jurulatih itu dapat merasai piala kerana beliau bersama JDT sebelum ini.
Walaubagaimanapun Mario Gomez masih diingati sebagai jurulatih terbaik dalam sejarah JDT. Ketika menjadi ketua jurulatih di JDT, Gomez membawa JDT menjuarai Piala Sumbangsih (2016), Piala FA (2016), dua 2 kejuaraan Liga Super (2015 dan 2016).
Dan sebagai rekod tambahan, pada 2016, beliau mencipta 1 lagi sejarah dengan membawa JDT menjuarai liga dengan invincibles. Pencapaian paling signifikan sudah pastilah kejuaraan Piala AFC pada 2015.
Ulasan
Catat Ulasan