Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkongsi beberapa keping gambar baginda memenuhi jemputan bekas pemain bola sepak England, David Beckham dan pemain Arsenal, Mesut Ozil menonton perlawanan bola sepak di Stadium Emirates.
Baginda ke stadium berkenaan bagi menyaksikan pertembungan suku akhir Piala EFL di antara tuan rumah, Arsenal menentang pencabar setempat mereka iaitu Tottenham Hotspur. Perlawanan itu berkesudahan tuan rumah kalah kepada Tottenham Hotspur dengan jaringan 2-0 hasil ledakan daripada Son Heung-min dan juga Dele Alli.
Ia sekaligus menamatkan kempen Arsenal dalam saingan kalah mata piala liga berkenaan dan Tottenham pula berjaya menyertai Chelsea, Manchester City dan Burton mara ke peringkat separuh akhir.
Perkara ini dikongsikan oleh baginda menerusi pelbagai laman media sosial rasminya pagi tadi.
Selain daripada dua bintang bola sepak terkenal berkenaan, baginda yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) ditemani oleh pertahanan kiri Arsenal, Sead Kolasinac dan juga bekas pemain JDT, Junior Eldstal. Turut kelihatan adalah Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Kevin Ramalingam.
Kredit Foto: HRH Crown Prince of Johor
Ulasan
Catat Ulasan