THE MORDERN JOHOR SULTANATE TRIGGERS THE DEVELOPMENT OF RACIAL HARMONY - PART ONE

FAKTA MENARIK | SEJARAH NEGERI JOHOR | KESULTANAN JOHOR MODEN PENCETUS KEMAJUAN BERTERASKAN KEHARMONIAN KAUM - BAHAGIAN SATU
Negeri Johor asalnya berpenduduk dari kalangan orang-orang Melayu dari pelbagai penempatan seperti Orang Seletar, Orang Laut, Orang Riau dan sebahagian dari kepulauan-kepulauan Melayu Nusantara. Pola penempatan pada ketika itu berkelompok dan lebih tertumpu di kawasan sungai dan laut.
Temenggong Tun Daing Ibrahim menjemput orang-orang Cina, India, Jawa dan juga penduduk negeri-negeri Melayu dari Kedah, Pahang dan Kelantan berhijrah dan bermastautin serta bersama dengan rakyat asal Johor membangunkan negeri Johor. Baginda memulakan rangka pelan pembangunan negeri Johor dengan membuka penanaman dan perladangan di tanah besar Johor.
Selain sebagai satu pelaburan, Temenggong berpakat bersama-sama masyarakat Cina membuka hutan belantara di sekitar Johor untuk penanaman gambir dan lada hitam secara komersil. Kejayaan dicapai apabila Johor memegang monopoli perdagangan lada hitam dan gambir terbesar dunia.
Sultan Sir Abu Bakar kemudiannya meneruskan usaha ini dengan mengurniakan konsesi kepada Ungku Abdul Majid membuka Kampung Melayu Majidee dan kepada Syed Mohamad Al Sagoff membuka dan memajukan kawasan Nong Chik dan Kukup. Baginda turut memberi konsesi tanah kepada Tan Hiok Nee, Lee Ah Siang dan Wong Ah Fook untuk membangunkan Johor.
Keteguhan kewangan negeri Johor semakin baik dan pembangunan negeri Johor semakin pesat, bebas dan sedikit menonjol dari negeri-negeri Melayu yang lain. Kepelbagaian keturunan kaum turut bersama-sama memajukan negeri Johor serta menghormati kedudukan Sultan Johor sebagai pemerintah Kerajaan Johor. Allah Peliharakan Sultan.
———
THE MORDERN JOHOR SULTANATE TRIGGERS THE DEVELOPMENT OF RACIAL HARMONY - PART ONE
The Johor state was originally populated by Malays from various settlements such as Orang Seletar, Orang Laut, Orang Riau and others from Malay Archipelago islands. The settlements at that time were in groups and mostly located around rivers and seas.
Temenggong Tun Daing Ibrahim invited the Chinese, Indians, Javanese as well as Malay inhabitants from Kedah, Pahang and Kelantan to emigrate and settle down to develop Johor together with the native people. His Majesty began the Johor development plan by opening cultivation and plantation areas in Johor.
Besides being an investment, Temenggong worked together with the Chinese community in clearing up forest areas around Johor to cultivate gambier and black pepper for commercialisation. Success was achieved when Johor had a monopoly on black pepper and gambier trades in the world.
Sultan Sir Abu Bakar then continued the effort by granting concessions to Ungku Abdul Majid to found Kampung Melayu Majidee and Syed Mohamad Al Sagoff to found and develop the Nong Chik and Kukup areas. His Majesty also gave land concessions to Tan Hiok Nee, Lee Ah Siang and Wong Ah Fook to develop Johor.
Johor's financial position got stronger every day and its development continued to grow, become more unbound and stand out from other Malay states. The various races also worked together to develop Johor and respected the Sultan of Johor's position as the ruler of the Johor government. Allah Peliharakan Sultan.

Ulasan