Sudah Sampai Masa Kita Kenang Jasa JDT dan TMJ
Bila sebut nama JDT, ramai Bangsa Johor menjadi bangga. Penyokong lain hanya berharap dan berdoa agar persatuan bola sepak mereka diambil alih dan menjadi seperti JDT juga.
Pasca 2013, tak ramai yang turun ke Larkin. Malu apabila menyebut pasal bola malah ada yang bersumpah tidak akan mengambil tahu. Tetapi selepas revolusi ramai yang teruja dan mula meminta macam-macam perkara.
Meminta seakan-akan mahu JDT jadi kelab seperti di Eropah. Apa yang memeranjatkan, TMJ mendengar dan menunaikan impian setiap penyokong JDT dengan harapan menjadi yang terbaik bukan sahaja di Malaysia malah di Asia.
Sepanjang 5 tahun ini, stadium semakin cantik, kemudahan dinaiktaraf, ada pas bermusim, ada bas perantara dari pelbagai kawasan di JB dan ada stadium baharu yang bakal siap. Semua ini hanya mimpi buat pasukan lain tetapi ianya realiti buat penyokong JDT.
Tetapi ingat tak kita semua betapa sukarnya TMJ di peringkat awal beliau mahu merevolusikan idea JDT. Bukan senang hendak menggabungkan pasukan Johor FC dan Johor FA. Bukan senang hendak menutup pasukan MP Muar dan MBJB ketika itu.
Baginda berhadapan cemuhan dan kritikan dari pelbagai pihak. Namun kerana yakin dengan ideanya, TMJ tidak lagi menoleh kebelakang. Lihatlah apa yang dikecapi oleh JDT dan berapa piala kita dapat. Tetapi usahanya semakin dilupakan penyokong JDT
Diharap 2019 ini penyokong JDT kembali menyokong pasukan. Bukan hanya gah menjadi wira papan kekunci tetapi wira di stadium. Kadang kala kita harus cermin diri dan kenang kembali jasa JDT dan TMJ. Jangan sampai rasa bangga ini mati akibat sikap kita sendiri.
Ramai di luar sana menantikan saat dan ketika JDT rebah dan terkubur. Ada hati, ada akal gunakan. Jangan sampai menyesal. Mari sama-sama kita ingat mengingati antara satu sama lain.
Luaskan Kuasamu Johor
Kekanda Fariz Ahmad, Johor Bahru
Ulasan
Catat Ulasan