Selain JDT, Perlis juga turut berminat dapatkan Akhyar Rashid


Belum ‘sejuk’ lagi pergaduhan di antara kem Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah FA mengenai perebutan pemain muda sensasi negara, Akhyar Rashid.
Pasukan yang dalam pembikinan di utara semananjung tanah air, Perlis pula mengumumkan sedia buka rundingan dengan pemain tersebut.
Perkara ini disuarakan oleh ketua jurulatih Perlis, Manzoor Azwira menerusi media sosial Facebook Northernlion Perlis sebentar tadi.

Katanya, beberapa ketika ini pemain berusia 19 tahun itu dikaitkan dengan pasukan Perlis oleh beberapa laman bola sepak tempatan.
Dan perkara tersebut memberikan kebanggaan kepadanya selaku pengendali Perlis.
Selain itu, Manzoor turut mendedahkan Presiden Persatuan Bolasepak Perlis (PFA), Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Shafie sememangnya berminat dengan pemain yang berjaya merangkul anugerah Pemain Penyerang Terbaik ABK18 itu.
“Kami di Perlis FA berasa bangga apabila dikaitkan dengan khabar perpindahan Akhyar Rashid ke Perlis.”
“Datuk Presiden sememangnya berminat dengan Akhyar sejak awal lagi.”
“Disini kami ingin menegaskan bahawa sebagai pasukan bola sepak yang baharu dibentuk semula,
“Kami amat berminat membuka pintu pasukan kepada Akhyar dan akan membuat rundingan bersama beliau atas status beliau sebagai pemain ejen bebas berbakat yang boleh dijadikan sebagai aset untuk pasukan Perlis.” katanya menerusi laman sosial rasmi Northernlion Perlis.
Tidak dapat dipastikan sejauh mana tahap keseriusan pasukan dengan julukan Singa Utara ini untuk mendapatkan khidmat Akhyar untuk musim 2019.
Namun, baru-baru ini mereka telah berjaya mendapatkan beberapa nama besar seperti Safee Sali, Badhri Radzi (Piya) dan juga Khyril Muhymeen. Dan berkemungkinan Matyat adalah yang seterusnya.
Kredit Foto: Northernlion Perlis

Ulasan