Jurulatih pasukan Selangor merangkap Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM) – B. Sathianathan memberikan komen beliau tentang situasi Akhyar Rashid.
Bagi Sathianathan, Akhyar Rashid tidak perlu dipersalahkan di dalam hal ini. Ini selepas pemain itu mendesak untuk dilepaskan ke JDT. Menurut Sathianathan, semua pemain di Malaysia memasang impian bermain untuk JDT kerana kelab itu memiliki segala fasiliti.
“Jujur saya berani kata yang semua pemain di negara ini memasang impian dan harapan bermain untuk JDT. Ini kerana, jika saya pemain sekalipun, saya tidak akan teragak-agak menerima – jika ada tawaran daripada JDT.”
“JDT ada fasiliti yang sangat bagus, pemain yang bagus, tiada isu dengan gaji dan bonus, bermain di ACL serta banyak lagi. Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah menyediakan hampir segalanya, apa lagi pemain mahukan?”
“Dalam kes Akhyar, segalanya bergantung di tangan beliau, dan anda tidak boleh salahkan Akhyar jika beliau mahu pergi dan bermain untuk JDT.”
Isu Akhyar Rashid masih belum selesai walaupun sebelum ini FAM mengarahkan Akhyar membayar RM210,000 untuk menamatkan kontrak. Dan mana-mana pasukan yang mahukan Akhyar Rashid, mereka perlu membayar RM75,000 sebagai bayaran atas pembangunan pemain.
KFA tidak berpuas hati dengan angka tersebut dan berpendapat Akhyar Rashid masih terikat dengan KFA. JDT sebelum ini membuat pengesahan bahawa Akhyar Rashid sudah menjadi ejen bebas kira-kira 2 minggu lalu. Jadi, JDT berpendapat KFA tiada hak untuk menghalang Akhyar bercakap dengan mana-mana pasukan.
Sathianthan turut menyatakan beliau tidak tahu akan spekulasi mengaitkan pasukan Selangor sebagai antara pasukan yang berminat untuk mendapatkan Akhyar Rashid.
Namun beliau memberitahu pasukan beliau Red Giants sentiasa membuka pintu untuk pemain berkualiti seperti Akhyar Rashid. Namun beliau berkata, Selangor akan mempertimbangkan banyak perkara serta; adakah pemain itu mahu menyertai Selangor.
Sathianathan melabel hanya orang bodoh yang tidak mahukan pemain seperti Akhyar Rashid.
Ulasan
Catat Ulasan