Safiq Rahim sah sertai Melaka United musim depan

Nampaknya pengembaraan Safiq Rahim tidaklah terlalu jauh.
Selepas dikaitkan dengan perpindahan ke beberapa pasukan di Lembah Klang, Safiq Rahim nampaknya telah memilih untuk menyambung kerjayanya di negeri jiran kepada Johor Darul Ta’azim dengan menyertai Melaka United. Pemain berusia 31 tahun itu telah menandatangani kontrak semusim bersama Melaka United.
Bekas ketua pasukan kebangsaan yang membantu menjulang Piala AFF Suzuki 2010 itu telah diumumkan menyertai Melaka United hari ini menerusi laman media sosial rasmi Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA).
Safiq Rahim telah memenangi pelbagai trofi bersama JDT sebelum ini dengan kemuncaknya membawa JDT menjulang trofi Piala AFC pada tahun 2015 dan dinobatkan pemain terbaik perlawanan akhir.
Selain Safiq, Melaka United turut menandatangani bekas ketua pasukan Felda United, Shukor Adan, pemain sayao Perak Nazri Nawi, Razman Roslan, dan Raimi Md. Noor.

Ulasan