Pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Safawi Rasid boleh dianggap sebagai pemain terbaik Johor Darul Ta'zim (JDT) musim lalu, tetapi beliau tidak boleh berpuas hati dengan gelaran tersebut. Musim 2019 menjadi musim yang paling sukar buat beliau. Safawi berkata dia perlu berjuang untuk merebut tempatnya dengan pemain penyerang berbakat lain di posisi beliau itu.
"Ia akan menjadi lebih mencabar kerana kami akan bermain dalam Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim depan. Akan ada banyak perlawanan untuk diharungi, dan semua pemain dalam skuad JDT akan berebut tempat dalam kesebelasan utama.
"Saya tidak akan terlalu yakin bahawa saya yang terbaik hanya kerana pencapaian saya musim lepas. Semua pemain dalam pasukan adalah pemain yang bagus, dan sebagai pemain profesional, saya perlu untuk bersaing mencari tempat dalam pasukan."
Musim lepas, Safawi menjaringkan 16 gol dalam 36 penampilan beliau untuk juara Liga Super 2018, JDT.
Musim lalu saya bekerja keras untuk bertarung mencari tempat dalam kesebelasan utama dan gembira mendapat diturunkan dalam banyak perlawanan." kata Safawi.
"Musim ini, saya perlu membuat kerja tambahan dan berusaha lebih lagi dengan memperbaiki teknik dan mencari pengalaman dari pemain senior di JDT.
Saya tidak sabar untuk bermain dengan Aaron (Niguez) kerana dia adalah abang kepada Saul Niguez. Ia satu peluang yang bagus untuk bermain dengannya dan belajar tentang permainan secara lebih mendalami.
Safawi juga mengharapkan pemain muda di JDT memainkan peranan yang lebih menonjol kerana dia percaya bahawa mereka mempunyai apa yang diperlukan untuk kecemerlangan pasukan.
Pemain-pemain seperti Dominic Tan Jun Jin, Syamer Kutty Abba dan Adam Nor Azlin adalah pemain yang baik, tetapi mereka perlu menggandakan usaha mereka untuk mencari tempat dalam kesebelasan utama JDT.
“Bagi saya, saya menitikberatkan usaha tambahan selepas latihan dan juga memastikan bahawa saya sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk satu-satu perlawanan. Saya tidak tahu jika saya akan menjadi pemain tetap atau kerap mendapat tempat pada musim akan datang, tetapi saya tahu saya akan bekerja keras untuk membantu pasukan ini mencapai sasaran mereka.
Safawi tidak sabar-sabar untuk bermain di ACL kerana dia boleh menguji dirinya berhadapan dengan kelab terbaik di Asia dan juga belajar dari lawan tersebut.
“Bermain di Liga Juara-Juara AFC (ACL) sungguh bermakna untuk JDT. Pemain perlu memanfaatkan peluangnya dan melakukan yang terbaik untuk kelab.
"Saya mahu membantu pasukan menjadi lebih baik daripada musim lalu. Itulah motivasi saya untuk musim yang akan datang,"katanya.
Artikel penuh dan terjemahan dari : www.thestar.com.my
Ulasan
Catat Ulasan