Langkau ke kandungan utama

Safawi Rasid Dan Kelab JDT Dalam Siaran Foot Brain, TV Tokyo 22 Disember 2018

Penyerang dan pemain sayap pasukan Johor Darul Ta’zim, Safawi Rasid, baru-baru ini muncul di TV Tokyo dalam siaran Foot Brain pada 22 Disember lepas, sempena kejuaraan Piala AFF Suzuki 2018. Dalam TV Tokyo tersebut dimuatkan wawancara wartawan bersama Safawi Rasid dan mengaitkan dengan tawaran bermain di Liga Jepun (J-League).

Foot Brain - TV Tokyo

Foot Brain - TV Tokyo


Foot Brain - TV Tokyo

Turut dimuatkan dalam video tersebut adalah fasiliti yang terdapat di kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) seperti Stadium dan Pusat Latihan JDT. [Lihat video sehingga habis]




“Saya rasa la, semua orang tahu yang kat Johor memang kelab yang terbaik, dan di Malaysia and then nanti kalau Japan panggil, saya akan pertimbangkan, saya akan pergi untuk mencari pengalaman saya."
Peluang Safawi untuk mempamerkan kebolehan dan bakat yang beliau ada pada musim hadapan, 2019 adalah cerah apabila JDT akan bersaing dalam Liga Juara-Juara AFC 2019. Perlawanan pertama JDT adalah bermain di tempat lawan melawan pasukan Kashima Antlers, yang berkemungkinan akan berada sama kumpulan dengan JDT sekiranya Kashima menang perlawanan playoff nanti.

Selain dari melawan kelab dari Jepun (J-League) itu, JDT juga akan bertemu dengan kelab dari Korea Selatan (Gyeongnam FC) dan dari Liga Super China (Shandong Luneng)

Kredit kepada : Ahmad Ridzuan, seorang penulis sukan bola sepak sambilan tahan air yang mempunyai banyak input berkaitan bola sepak Jepun. Ikuti artikel-artikel beliau di www.vocketfc.com
Video penuh : www.youtube.com


Ulasan