- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Dua bulan lagi pada 05 Mac 2018, pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) akan memulakan kempen Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2019.
Detik sejarah akan tercatat pada hari itu menjadi sebuah pasukan pertama dari Malaysia yang bermain dalam ACL peringkat kumpulan. Ia juga penampilan pertama dalam sejarah JDT sejak revolusi 2013 di bawah pimpinan DYAM TMJ selaku pemilik JDT.
Paling jauh dan paling baik pencapaian JDT sebelum ini adalah mara ke perlawanan playoff ACL 2017 bertemu Gamba Osaka dari kelab J-League. Kami pasti anda masih ingat lagi perlawanan tersebut pada 07 Februari 2017.
[ Skrol ke bawah untuk video Gamba Osaka vs JDT ]
Walaupun tidak mengharapkan sesuatu, namun perlawanan itu sudah cukup memberi impak yang tinggi. Banyak pengalaman dan keyakinan diri menghadapi pasukan gergasi seperti Gamba Osaka itu.
JDT tewas 0-3, namun diakhir perlawanan JDT berjaya menunjukkan permainan terpuji walaupun dilihat Gamba Osaka sudah mula mengendurkan permainan.
Pada ACL tahun ini, JDT terkandas awal di pusingan kedua kelayakan selepas ditewaskan oleh Muangthong United 2-5. Kedua-dua gol JDT dijaringkan oleh Pereyra Diaz di minit tambahan masa.
Pada 05 Mac 2019 nanti JDT akan bertemu pemenang playoff 4 yang dijangkakan Kashima Antlers tiada masalah untuk menang.
Jika Kashima menang, maka JDT akan bertandang ke Kashima Soccer Stadium untuk perlawanan itu.
Selamat maju jaya kepada JDT.

Ulasan
Catat Ulasan