Pasukan yang diwakili oleh Graziano Pelle, Shandong Luneng taishan FC telah disahkan menduduki tangga ke-3 Chinese Super League 2018 setelah mengharungi 30 perlawanan liga.
Kedudukan itu melayakkan mereka untuk bermain dalam ‘playoff’ Liga Juara-Juara AFC pusingan ketiga dan akan diletakkan dalam Kumpulan E bersama-sama Johor Darul Ta’zim (JDT) andai layak.
Menanti mereka di perlawanan kelayakan tersebut adalah pemenang ‘playoff’ pusingan kedua samada Bangkok United (Thailand) ataupun Hanoi FC (Vietnam).
Shandong Luneng Taishan FC diperkuatkan dengan bekas penyerang Southampton United dan juga skuad kebangsaan Itali, Graziano Pelle yang menyertai pasukan tersebut semenjak tahun 2016.
Selain daripada itu, beliau juga bergandingan bersama seorang penyerang dari Brazil, Dieogo Tardelli yang telah menjaringkan sebanyak 17 gol dalam saingan Chinese Super League musim 2018.
Sebelum ini, sebuah pasukan daripada K-League, Gyeongnam FC telah mengesahkan sebagai salah satu lawan JDT dalam Kumpulan E saingan Liga Juara-Juara AFC musim 2019.
Mereka layak setelah disahkan menduduki tempat kedua dalam saingan K-League 2018.
Kredit Foto: Southampton United & Shandong Luneng Taishan FC
Ulasan
Catat Ulasan