Natso Insa Dan Kiko : Cuti Rehat Diisi Dengan Mengekalkan Kecergasan Di Bali, Indonesia

Melalui posting terbaharu pemain pertahanan JDT, Kiko Insa memaparkan percutian mereka di Bali, Indonesia dengan berlatih ringan mengekalkan kecergasan sementara Liga Malaysia belum bermula.

Kiko kelihatan bersama abangnya, Natxo Insa sama-sama menjalani latihan ringan seperti yang dapat dilihat dari video yang di muatnaik dalam akaun instagram Kiko Insa. Mereka berdua sekeluarga memilih berehat di Bali, Indonesia.


Foto dari www.bolasport.com

Bali sememangnya tidak asing bagi Kiko Insa kerana pemain kelahiran Sepanyol itu sebelum ini pernah bermain untuk Kelab Bali United, pasukan Liga 1 Indonesia. Kiko dan Natxo juga turut ditemani oleh dua orang bekas pemain Liga Indonesia, Gaston Castano dan Mario Costas.











Sumber :  www.bolasport.com

** Laman rasmi Johor Southern Tigers tidak memuatnaik sesi latihan pasukan seperti biasa sejak beberapa hari kebelakangan ini. Ini berkemungkinan skuad JDT sedang dalam percutian sebelum menyambung terus latihan bersama pemain yang telah terlibat dengan Piala AFF Suzuki 2018 sebelum ini. Mereka dijangka akan menyambung latihan dan akan terus ke Thailand menghadapi perlawanan ujian bersama Bangkok United, Ratchaburi Mitr Phol dan PTT Rayong FC. Semua dari pasukan Liga 1 Thailand 2019.

Ulasan