Mungkin Hari Ini Kita Akan Ketahui Apa Status Akhyar Sebenarnya Dan Pasukan Apa Pilihan Beliau

Banyak perkara tersembunyi yang kita belum ketahui sebenar-benarnya tentang status Akhyar Rashid. 

Adakah Akhyar benar-benar sudah berstatus ‘free agent’ ? Adakah Akhyar sudah tidak terikat dengan Kedah ?

Sudahkah Akhyar membayar kos tebus kontrak sebanyak RM210,000 seperti yang DYAM tetapkan sebelum ini ?

Jika sudah bayar, kenapa Kedah FA masih ingin Akhyar melpor diri pada 01 Januari nanti ? Adakah bermakna Akhyar belum buat apa-apa bayaran ?

Bagaimana dua pasukan yang telah mula berunding dengan Akhyar seperti Perlis dan JDT ? Adakah mereka benar-benar berminat ?

Adakah persetujuan telah tercapai antara dua pihak ?

Banyak persoalan yang kita nanti-nantikan jawapannya. Mengikut laporan akhbar dan media KFA sendiri mengatakan keputusan itu akan diketahui hari ini.

Berikut laporan dari  Utusan Malaysia

========

Kontroversi yang menyelubungi penyerang remaja sensasi, Muhammad Akhyar Rashid sejak hampir sebulan lalu dijangka ber­akhir hari ini.



Selepas mengadakan pertemuan dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini, Kedah bakal me­ngumumkan masa depan pemain berusia 19 tahun itu bersama Lang Merah.

“Hari ini kami me­ngadakan perbincangan dengan Mesyuarat Jawatankuasa Rayuan FAM untuk membincangkan mengenai kedudukan Akhyar.

“KFA (Persatuan Bola Sepak Kedah) akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu esok,” kata Setiausaha KAFA, Asmirul Anuar Aris kepada Utusan Malaysia.

Terdahulu, dalam satu ke­nyataan berasingan, KFA menegaskan, Akhyar atau lebih dikenali sebagai Mat Yat masih milik mereka kerana kontrak penyerang kebangsaan itu ha­nya akan berakhir pada 30 November, 2019.

Begitupun, dalam usaha menyelesaikan kemelut yang sudah berlarutan sejak sebulan lalu, KFA bertemu FAM bagi membincangkan tentang jumlah pampasan RM75,000 yang ditetapkan Jawatankuasa Status badan sukan tersebut.

Pada ketika KFA masih tidak gembira dengan tindakan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang didakwa mahu memancing Penyerang Terbaik Kebangsaan 2018 itu menerusi ‘pintu belakang’, tiba-tiba Akhyar dikaitkan pula dengan pasukan jiran, Perlis.

Sementara itu, abang Akhyar, Rafdi Rashid menegaskan, adiknya mempunyai hak untuk memilih pasukan mana yang mahu diwakili.
“Ikut Akhyar nak pergi mana pun, dia ada hak untuk membuat keputusan. 

Sebagai abang, saya berharap dia membuat keputusan terbaik demi masa depannya,” kata Rafi yang juga Ketua Jurulatih skuad Presiden Perlis.
Ketika ditanya mengenai pasukan mana yang akan menjadi pilihan Akhyar musim depan, Rafdi memberitahu, adiknya itu belum membuat keputusan mengenainya.

Ulasan