- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Menjelang perlawanan pertama Liga Malaysia 2019, semua pasukan sedang pergiat membuat persiapan rapi dengan mengadakan latihan awal. Banyak juga pasukan yang telah merancang mengadakan perlawanan ujian di luar negara seperti Thailand. Pasukan seperti Kedah, Pahang akan ke Thailand dan tidak ketinggalan juga pasukan JDT.
Perlawanan merebut Piala Sumbangsih menjadi titik permulaan Liga Super Malaysia edisi 2019. Pertemuan antara juara Liga Super 2018 dan Naib Juara Liga Super akan bertemu di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin. pada 02 Februari 2019.
Pasukan Perak juga tidak ketinggalan membuat persiapan rapi menjelang pertemuan dengan JDT itu. Namun kekuatan JDT yang diakui sendiri oleh Mehmet menjadi pemangkin untuk pasukannya bersiap lebih awal.
“Johor pasukan hebat dan kuat serta berada dalam kelas tersendiri. Namun, kami akan berusaha sedaya-upaya untuk memberi saingan,” kata Mehmet kepada Stadium Astro.
Ketua jurulatih Perak The Bos Gaurus (Perak TBG), Mehmet Durakovic mahu memastikan Perak TBG akan memberikan tentangan yang hebat pada perlawanan tersebut.
“Pasukan kini kembali lengkap dan kami merancang mengadakan perlawanan persahabatan selepas cuti tahun baru ini sebagai persediaan pra-musim apabila semua pemain pulang daripada bercuti,” tambah Mehmet.
Perak mendapat khidmat pemain import baharu mereka dari Australia, Zac Anderson yang pernah beraksi bersama Kedah musim 2017.
Artikel Penuh : Fox Sports Asia

Ulasan
Catat Ulasan