Langkau ke kandungan utama

Mauricio : “Saya Datang Ke JDT Untuk Menjadi Juara.”

Pemain import JDT yang baharu, Mauricio dos Santos Nascimento menyatakan rasa gembira dapat menyertai kelab terbaik Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT). Beliau positif berada di JDT.

Sebelum datang ke JDT, Mauricio telah menghubungi rakan-rakan beliau tentang kelab JDT yang akan disertai itu kerana ia buat pertama kalinya beliau akan bermain di rantau Asia.

Foto : JDTTV - JOHOR Southern Tigers

Rakan Mauricio menceritakan yang terbaik berkaitan JDT dan menganggap ia satu keputusan yang tepat berada di JDT.

Selain itu Mauricio jug turut kagum dengan fasiliti di JDT, terutama Pusat latihan Seri Gelam.

Pengalaman beraksi dua kali dalam UEFA Champions League, Mauricio berharap dapat membantu menaikkan nama JDT dan menghadapi saingan musim hadapan.

“Saya datang ke JDT untuk menjadi Juara.” Kata Mauricio

Kenyataan tersebut hasil dari temubual wakil JDT dengan Mauricio sendiri selepas beberapa hari menjalani latihan bersama rakan sepasukan JDT dan import baharu JDT, Aaron Niguez.

Ikuti temubual sepenuhnya di JOHOR Southern Tigers dan dengar apa yang menyebabkan Mauricio boleh membuat keputusan datang ke JDT.
  

Ulasan