Lima Pemain Utama Pilihan Fox Sports Yang Akan Menjadi Nadi Utama JDT Dalam ACL 2019

Kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) mencipta sejarah buat pertama kali sebuah kelab dari Malaysia bersaing dalam Liga Juara-Juara AFC 2019 peringkat kumpulan. Tidak mengira di mana sahaja kumpulan JDT berada (Kumpulan E), semua perlawanan akan menjadi saingan yang begitu mencabar kerana setiap pasukan yang turut serta adalah antara pasukan terbaik Asia.

JDT memerlukan usaha yang lebih keras sebagai persiapan menghadapi 6 perlawanan di peringkat kumpulan bermula pada 05 Mac 2019 nanti.

Fox Sports Asia turut menamakan 5 pemain JDT yang dijangka akan menjadi nadi utama pasukan.

Grafik Info : Fox Sports Asia

Lima pemain tersebut adalah Safawi Rashid, Hariss Harun, La’Vere Corbin-Ong, Mauricio dos Santos dan Aaron Niguez. 

Aaron membawa bersama pengalaman yang banyak bermain dalam kancah bola sepak Eropah dan banyak masa beliau di kelab divisiob dua seperti Real Oviedo, Tenerife, Braga dan Elche. Beliau juga merupakan pemain pelbagai ‘utility’ boleh bermain sebagai ‘false-9’, penyerang kedua, pemain tengah menyerang dan pemain sayap kiri dan kanan.

Aaron juga pernah dinamakan sebagai antara 50 pemain muda terbaik oleh World Soccer Magazine ketika remaja dahulu bersama-sama pemain seperti Karim Benzema, Angel di Maria dan Sergio Aguero.

Mauricio dos Santos pula seorang pemain pertahanan dari Brazil pernah bermain bersama kelab besar dunia seperti Palmeiras, Sporting Lisbon, Lazio dan Spartak Moscow. Pengalaman bermain sebelum ini akan memberi impak yang besar kepada pasukan baharu beliau nanti.

Ikuti selanjutnya  di Fox Sports Asia




Ulasan