Tamat perlawanan akhir kedua Piala FA China sebentar tadi. Beijing Guoan berjaya mengikat tuan rumah, Shandong Luneng dengan jaringan 2-2. Pada perlawanan akhir pertama, kedua-dua pasukan juga terikat 1-1.
Beijing Guoan FC dinobatkan sebagai juara Piala FA dengan jaringan agregat 3-3. Kemenangan diberi kepada Beijing kerana gol ‘away’ mereka mengatasi lawan.
Juara FA, Beijing Guoan ke Kumpulan
Berikut adalah kedudukan Liga Super China 2018 :
1. Shanghai SIPG
2. Guangzhou Evergrande
3. Shandong Luneng
4. Beijing Guoan
Selepas perlawanan akhir tadi, kedudukan ranking slot wakil China ke ACL 2019 adalah seperti berikut :
China 1 - Juara Liga (Shanghai SIPG)
China 2 - Juara Piala FA China (Beijing Guoan)
China 3 - Kedua Liga (Guangzhou Evergrande)
China 4 - Ketiga (Shandong Luneng)
Ini bermakna Shandong Luneng FC akan memperoleh slot keempat (China 4).
Shandong Luneng ke slot China 2
Slot China 4 (Shandong Luneng) akan menunggu lawan di playoff 2 sebelum layak ke Kumpulan E bersama Gyeongnam FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT). Pemenang perlawanan playoff 2 itu akan ditentukn pada 19 Februari 2019.
Shanong Luneng menjadi pasukan pilihan untuk memenangi playoff tersebut dan seterusnya akan menjadi lawan JDT nanti.
Kumpulan E ACL 2019 :
1. Gyeongnam FC (Korea 3)
2. Johor DT (Malaysia 1)
3. Pemenang PO2 (China 4) (Shandong ??)
4. Pemenang PO4 (Jepun 4)
Dengan Beijing Guoan menjuarai Piala FA China, ini bermakna mereka akan berada dalam Kumpulan G bersama-sama juara Piala Maharaja jepun, Jeonbuk Hyundai (juara Liga Korea) dan Buriram United.
Ulasan
Catat Ulasan