Kelab Johor Darul Ta’zim Memulakan Rundingan Dengan Akhyar Rashid

Melalui entri terkini laman facebook rasmi JOHOR Southern Tigers, sepertimana yang telah dimaklumkan oleh Pengarah Sukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT, Martin Prest, JDT sekarang ini sedang berusaha memperkasakan pasukan.

JDT telah pun memulakan rundingan bersama pemain muda berbakat, Akhyar Rashid, dari Kedah.


ig : Akhyar Rashid
Langkah ini diambil sebagai persiapan JDT mengharungi saingan liga Juara-Juara AFC 2019. Ia satu rekod bagi JDT dan bola sepak Malaysia kerana menjadi pasukan pertama layak terus ke perungkat kumpulan ACL 2019.

Akhyar telah pun diumumkan sebagai pemain bebas dua minggu lalu dan bebas memilih mana-mana pasukan. Namun pasukan yang mahu mengikat Akhyar dikenakan bayaran pampasan kepada Persatuan Kedah.


Ulasan