KEJAYAAN KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA'ZIM HASIL KESABARAN, KEPERCAYAAN SERTA PERPADUAN

KEJAYAAN KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA'ZIM HASIL KESABARAN, KEPERCAYAAN SERTA PERPADUAN
Pembentukan sebuah pasukan yang hebat memerlukan sedikit kesabaran dan kepercayaan kepada pengurusan kelab. Kritikan serta persepsi negatif dari pengkritik dan penyokong bola sepak tanah air menjadi santapan yang dihidangkan setiap hari bermula dari awal penjenamaan semula Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT).
JDT pada mulanya tidak berjaya merangkul sebarang kejayaan pada awal penjenamaan semula JDT namun DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor tidak mudah mengalah dan beberapa langkah penambahbaikan terus dirancang dan dilaksanakan.
Hasil kepercayaan penuh Bangsa Johor ke atas misi dan visi DYAM Tunku Mahkota Johor dalam memajukan bola sepak negeri Johor, JDT tidak perlu menunggu begitu lama untuk mengecapi nikmat kejayaan yang diimpikan.
JDT berjaya menempa sejarah baharu bola sepak tanah air dengan meraih kejuaraan Liga Super lima kali berturut-turut. Kejayaan ini adalah satu pencapaian luar biasa dan sukar ditandingi oleh pasukan tempatan yang lain. Kini, mengimplementasikan aspirasi dalam kancah cabaran Liga Juara-juara AFC 2019 (ACL) menjadi misi utama musim baharu kelak.
Akhir kata, sebelas kejuaraan dalam
masa lima tahun, telah berjaya dicapai hasil titik peluh dan usaha keras DYAM bersama barisan pengurusan, para pemain serta penyokong Harimau Selatan. Perpaduan dalam Keluarga JDT menjadi satu kunci yang kukuh dalam semua kejayaan yang dicapai setakat ini.
"Apabila saya mula mengambil alih JDT, matlamat saya adalah untuk mencipta sejarah. Dan sejarah dicipta bukan sahaja dengan menjulang piala, tetapi juga dengan membuka mata dunia dengan kewujudan kita"- DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
Luaskan Kuasamu Johor.
Sumber artikel: Media JST

Ulasan