Ke mana langkah Akhyar?

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim berasa gembira telah berjaya menandatangani Akhyar Rashid dengan kontrak selama empat (4) tahun.

Pengumuman itu dimaklumkan oleh Pengarah Sukan Kelab Bolasepak JDT, Martin Prest sebentar tadi melalui laman facebook JOHOR Southern Tigers.

Grafik Info : JOHOR Southern Tigers

Tambahan beliau, selain dari itu JDT akan membayar Kedah RM100,000 sebagai tanda hormat kepada Kedah yang telah membangunkan bakat Akhyar Rashid.

Sebelum ini, FAM telah menetapkan pasukan yang ingin mendapatkan Akhyar Rashid perlu membayar kepada Kedah sejumlah RM75,000 sebagi yuran pembangunan (development fee).


Ini bermakna JDT membayar lebih RM25,000 sebagai tambahan kepada Kedah.

Ulasan