KATA-KATA MOTIVASI DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR MEMBENTUK ‘WINNING MENTALITY’ DALAM KELUARGA JDT
‘Winning Mentality’ amat signifikan dengan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT). Pengurusan, pemain malahan penyokong juga telah diberi kesedaran tentang aplikatif atitud tersebut. Dengan implementasi ‘Winning Mentality’ supaya sejati dalam diri, JDT sentiasa agresif memburu kejayaan demi kejayaan di masa hadapan.
Ada beberapa perkara yang telah diterapkan oleh DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor untuk membentuk ‘Winning Mentality’ dalam keluarga JDT.
1. KITARAN AURA POSITIF DALAM
PASUKAN
PASUKAN
Membina ‘Winning Mentality’ bukan perkara mudah. Ianya memerlukan strategi, masa dan kesabaran. Di JDT, DYAM Tunku Mahkota Johor sentiasa menerapkan aura positif supaya seluruh barisan kejurulatihan dan pemain sentiasa berada dalam radius pemikiran optimis, fokus dan termotivasi walaupun berdepan dengan apa halangan sekalipun.
"Sekiranya ia tidak membuatkan anda teruja walaupun telah mendapat segala-galanya, jangan lakukannya. Jika anda melakukannya untuk wang atau populariti, jangan lakukannya. Jika ia satu beban hanya untuk berfikir mengenainya, jangan lakukannya. Apabila masanya telah tiba, jika anda telah dipilih, ia akan melakukannya sendiri. Dan ia akan terus melakukannya, sehingga anda mati, atau ia mati di dalam diri anda" - DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
2. MENETAPKAN OBJEKTIF DAN MATLAMAT YANG HARUS DICAPAI
Setiap musim berganti, setiap itulah penanda aras JDT akan berubah. DYAM Tunku Mahkota Johor sentiasa memastikan JDT tidak hanya statik dan selesa pada satu tahap. Dengan adanya penanda aras ini, semua barisan kejurulatihan dan para pemain mempunyai satu visi dan misi yang perlu dicapai. Mereka akan berusaha walau dengan apa cara sekalipun untuk terus berjuang demi mencapai penanda aras yang telah ditetapkan.
"Di JDT, semuanya adalah mengenai 'Winning Mentality'. Saya 'push' para pemain saya 'to the limit'. Lama-kelamaan ia menjadi satu ketagihan.” - DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
3. SENTIASA MELETAKKAN KEPERCAYAAN KEPADA JURULATIH DAN PEMAIN
DYAM Tunku Mahkota Johor sentiasa memantapkan keupayaan psikologi dalam Keluarga JDT. DYAM Tunku Mahkota Johor sentiasa mengingatkan bahawa hanya sifat percaya kepada diri sendiri adalah faktor utama mencapai sesuatu kejayaan. Baginda juga sentiasa memberikan motivasi di dalam setiap perlawanan tidak kira sebelum atau semasa perlawanan berlangsung. Perkara ini dilihat berjaya untuk membangkitkan keyakinan diri yang menebal pada jurulatih, pemain malahan penyokong.
"Jika kita boleh bermimpi mengenainya, kita pasti boleh melakukannya. Kita akan berjaya, tidak kira berapa lama masa yang perlu diambil"- DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
4. KEGAGALAN ADALAH MOTIVATOR PALING BAIK
Kegagalan menjadikan JDT lebih baik. Dengan kegagalan, JDT sentiasa dilihat fokus pada penambahbaikan. Segala kekalahan dan kegagalan adalah transit untuk menuju kejayaan lebih besar. DYAM Tunku Mahkota Johor sentiasa mengingatkan keseluruhan pasukan dan penyokong bahawa jangan terlalu sedih dengan kegagalan kerana kegagalan ini adalah hanya satu permulaan untuk mencapai kemenangan lebih besar.
"Janganlah bersedih, dan janganlah hampa, kerana kita masih bernafas. Dunia belum berakhir, ianya cuma sedikit halangan dalam perjalanan kita. Jangan berputus asa, pandang hadapan, dan seperti yang selalu saya katakan, apabila beluncas menyangkakan dunianya telah berakhir, ia bertukar menjadi rama-rama" - DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
Akhir kata, Merah tak kabur, Biru tak luntur, Demi Merah Biru! Luaskan Kuasamu Johor!
Sumber artikel: Media JST
Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
Ulasan
Catat Ulasan