Kashima Antlers Bakal Dan Hampir Pasti Layak Ke Kumpulan E Bersama JDT Dan Jeonbuk

Sehingga kini hanya dua pasukan sahaja yang sudah mengesahkan tempat berada dalam Kumpulan E iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Gyeongnam FC (Korea Selatan). Baki dua lagi pasukan akan hanya dapat disahkan pada 19 Februari 2019 selepas tamat perlawanan playoff 2 dan playoff 4.



Kashima menduduki tangga ketiga J-League 2018, berada 1 mata di belakang Hiroshima (kedua Liga). Kashima sebelum ini berpeluang mendapat slot Jepun 2 sekiranya menjuarai Piala Maharaja Jepun.


Namun Kashima tewas di tangan Urawa Red di separuh akhir semalam.  Urawa Red akan bertemu Begalta Sandai untuk merebut slot Jepun 2 yang akan automatik trus ke Kumpulan G bersama Jeonbuk Hyundai dan Buriram United. 

Manakala Kashima terpaksa berpuas hati memperolehi slot Jepun 4 yang akan ke perlawanan playoff 4 bertemu pemenang Home United / Indonesia 1 atau Newcastle Jets. 

Sekiranya menang pada 19 Februari 2018, Kashima akan terus lolos ke Kumpulan E bersama JDT dan Jeonbuk. Pemenang playoff 4 itu akan bertemu JDT pada 05 Mac 2019. 

Kashima menjadi pilihan utama mara ke Kumpulan E dan dijangkakan menunggu kedatangan JDT pada perlawanan pertama ACL 2019.  

Berikut adalah susunan kelab Jepun yang akan ke ACL 2019 :

Jepun 1 - Juara JL [Kawasaki Frontale] - Kump H
Jepun 2 - Juara Piala Maharaja - Kump G
Jepun 3 - Kedua J-League (Hiroshima-PO3-Kump F)
Jepun 4 - Ketiga JL (Kashima-PO4-Kumpa E)

Jadual Matchday 1 (Group E) :
05.03.2018 : Pemenang Playoff 4 vs Johor DT




Kashima Antlers adalah merupakan Juara AFC Champions League 2018, tahun ini setelah mengalahkan Persepolis FC (Iran) dengan agregat 2-0. Namun pada Liga Jepun (J-League) musim ini, Kashima hanya berjaya menduduki di tempat ketiga sahaja. Juara ACL 2018 membawa pulang hadiah sebanyak USD4 Juta ( RM16.7 Juta).

Kashima Antlers menjuarai ACL 2018

Ulasan