- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Seorang penulis dan pengamat sukan tanah air, Meor Mohamad Amirul, menceritakan persediaan dan pembentukan pasukan Johor Darul Ta'zim pada musim akan datang (2019). Kali ini penulis memilih kelab JDT untuk diulas selepas beberapa pasukan Liga Malaysia sebelum ini.
Bagaimana pun artikel ini hanyalah dianggap pandangan peribadi beliau yang mungkin ada kekurangan atau ketidaktepatan pendapat.
==========================================
JOHOR DT 2019 : GUIDE & WHAT TO EXPECT?
Sudah 6 musim sejak revolusi Johor DT bermula, Johor DT mencapai satu standard baharu dengan beraksi di AFC Champions League 2019. Namun begitu, fokus utama Johor DT tetap sama; mengekalkan trofi Liga Super di bumi Johor Darul Takzim buat kali ke-6.
Johor DT berdepan dengan pelbagai kontroversi seperti isu Morais-Diaz dan prestasi pemain import yang kurang memberangsangkan. Boleh dikatakan musim lalu merupakan musim terburuk Johor DT selepas musim 2013 pada satu tahap.
Walaupun begitu, kestabilan pasukan serta perbezaan kualiti pemain tetap membezakan kekuatan Johor DT berbanding pasukan Liga Super lain. Persoalannya, apakah musim 2019 bakal menjadi musim yang lebih baik atau lebih kritikal?
‘SQUAD DEPTH’ JOHOR DT 2019
Setakat ini, 24 pemain telah disahkan oleh Nadim Ahmad untuk beraksi bersama Johor DT musim 2019. Hampir 80% pemain dikekalkan dengan muka-muka baharu seperti Aaron Niguez (Real Oviedo) dan Mauricio Dos Santos menggantikan Marcos Antonio dan Fernando Elizari.
Johor DT mengekalkan 3 tonggak penjaga gol mereka; Farizal Marlias, Izham Tarmizi dan Haziq Nadzli. Terdapat 9 pemain di bahagian pertahanan; 7 pertahanan tengah, 1 pertahanan kiri dan 2 pertahanan kanan yang diketuai oleh Aidil Zafuan; pemain paling lama bertahan sejak revolusi 2013.

Grafik : Meor Mohamad |
Posisi pertahanan kiri mungkin akan menjadikan Adam Nor Azlin sebagai pilihan kedua kepada Corbin-Ong. Hal ini demikian kerana Adam merupakan pemain utiliti yang boleh beraksi di mana-mana sahaja dan lebih sesuai berbanding pertahanan tengah yang lain.
Tanpa Safiq Rahim, bahagian tengah Johor DT bakal diisi trio Hariss Harun, Natxo Insa dan Nazmi Faiz dan disokong 3 pemain lain. Sayap kiri akan diisi oleh Gonzalo Cabrera dan kemungkinan besar, Akhyar Rashid manakala sayap kanan bakal diisi oleh Aaron Niguez dan Safawi Rasid.
Di posisi penyerang, Hazwan Bakri dan Syafiq Ahmad menjadi pilihan ke-2 dan ke-3 jika Johor DT berniat mengambil seorang lagi penyerang import. Ada ura-ura mengatakan Isael Barbosa bakal mengisi kuota import terakhir, menyaksikan Johor DT bakal menggunakan sistem 9 jadian (false 9) jika Isael diletakkan sebagai penyerang tengah.
TAKTIKAL JOHOR DT 2019
Biar siapa pun mengendalikan Johor DT, mereka sudah ada DNA tersendiri dengan formasi asas mereka; 4-1-2-3. Jika dilihat pada grafik yang disediakan, anda akan dapati saya meletakkan Afiq dan Syamer di posisi ‘central mid’ sedangkan mereka bermain sebagai ‘defensive mid’ musim lalu.
Hal ini demikian kerana Afiq Fazail dan Syamer Kutty masih boleh dibentuk sebagai no.8 atau no.10 berbanding Gary Steven Robbart yang sudah melepasi fasa pembangunan. Secara teknikalnya pula, Gary lebih sesuai bermain di ‘defensive mid’ kerana ‘destroyer ability’ yang dimiliki olehnya lebih baik berbanding Syamer dan Afiq.
Jika Isael Barbosa benar-benar menyertai Johor DT dan bermain sebagai penyerang tengah, Johor DT akan bermain dalam sistem 9 jadian. Sistem ini akan menyusahkan kebanyakan pasukan Liga Super kerana sangat ‘fluid’ dan serangan Johor DT akan menjadi lebih pantas berbanding musim ini; lebih kurang seperti skuad 2016.
PEMAIN IMPORT JOHOR DT 2019
Rasanya tidak perlu hendak diperkatakan lagi tentang kualiti yang ditampilkan Hariss Harun dan Gonzalo Cabrera. Mereka berdua memiliki kualiti yang cukup baik untuk mengekalkan momentum Johor DT musim ini biarpun berdepan pelbagai kontroversi.
Pada tanggapan pertama, Mauricio Dos Santos tidak akan jadi sebaik Marcos Antonio. Secara statistiknya, Mauricio hanya bermain 4 perlawanan bersama Legia Warzawa dan Lazio pada musim 2017/2018. Tanpa sebab yang diketahui, beliau tidak berada di bangku simpanan pun hampir setengah musim.
Aaron Niguez bermain di LaLiga 2 bersama Real Oviedo tetapi hanya 'subs' sahaja. Untuk musim 2018/2019, Aaron Niguez hanya bermain selama 224 minit daripada 10 perlawanan. Namun, dia mempunyai potensi untuk menyerlah di Liga Malaysia kerana memiliki skil individu yang baik.
Harapan Johor DT bergantung kepada Isael Barbosa jika benar dia bersama Johor DT 2019. Isael gemar bermain secara 'third-man runner' dan mempunyai kebolehan menjaringkan gol dari jarak jauh.
RUMUSAN
Johor DT memiliki set pemain tempatan terbaik tetapi sebaliknya kepada pemain import. Tanggapan pertama terhadap pemain import, Mauricio dan Aaron Niguez tidak mencapai standard yang ditetapkan untuk bersaing di AFC Champions League.
Namun begitu, hal sebegini memberi peluang kepada pemain tempatan untuk lebih menyinar dan memiliki peluang untuk bermain. Kata kuncinya mudah; bersaing untuk beraksi dalam kesebelasan utama.
Apakah pandangan penyokong JOHOR Southern Tigers?
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan