Langkau ke kandungan utama

Jersi Baharu Johor Darul Ta’zim Akan Dilancarkan Pada Minggu Kedua Januari 2019

Setiap tahun atau musim sememangnya dinanti-nantikan oleh penyokong-penyokong JDT bila jersi baharu akan dilancarkan. Ramai yang terranya-tanya bila, apa tah lagi bentuk dan corak jersi baharu itu.


YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim, Presiden Kelab JDT sebentar tadi telah mengumumkan tarikh pelancaran jersi baharu melalui akaun rasmi facebook Johor Southern Tigers sebentar tadi.

Jersi baharu JDT telah direka khas oleh Ibu Pejabat NIKE di Amerika Syarikat dan telah siap sepenuhnya dua bulan lepas.

“Alhamdulillah ia kelihatan sangat baik.” kata Presiden JDT.

Bagaimana pun info terkini berkenaan pelancaran jersi baharu JDT 2019 akan dimaklumkan okeh pihak pengurusan dari masa kesemasa.

Sumber : JOHOR Southern Tigers


Ulasan