- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Penyokong kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) sudah tertu ternanti-nanti masa dan ketikanya jersi baharu musim 2019 akan dilancarkan secara rasminya. Seperti apa yang telah dimaklumkan sebelum ini, pelancarannya akan berlangsung pada minggu kedua Januari 2019.
Apa yang istimewanya rekabentuk jersi keluaran Nike itu direka khas di ibu pejabat Nike di Amerika Syarikat. Sudah tentu ia akan berbeza daripada rekabentuk jersi sebelumnya. Rekabentu tersebut adalah khas untuk JDT.
Grafik Info JOHOR Southern Tigers |
"Jersi Baharu JDT telah siap sepenuhnya dua bulan lepas. Alhamdulillah ia kelihatan sangat baik." kata YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim, Presiden Kelab Bolasepak JDT.
Sebelum ini, pasukan JDT pernah menggunakan jersi dari jenama Nike untuk empat musim (2014, 2015, 2017 dan 2018). Tiga tahun berturut-turut JDT menggunakan jersi dari jenama Nike iaitu dari 2017 hingga 2019.
Koleksi Jersi JDT (2013 - 2017) |
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan