JDT Bakal Tampil Lebih Baik Dan Lebih Kuat Pada Musim 2019

Musim 2018 merupakan antara musim terbaik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT). JDT berjaya mengekalkan kejuaraan Liga Super buat kali kelima berturut-turut sejak 2014. Kejayaan menjuarai Liga Super 2018 itu turut membolehkan JDT bersaing dalam Liga Juara-Juara AFC 2019 (ACL) di peringkat kumpulan secara automatik.
           

Empat tahun berturut-turut JDT bersaing dalam ACL sejak 2015 tetapi hanya di peringkat kelayakan. Paling tinggi pencapaian JDT dalam ACL adalah pada musim ACL 2017 di mana JDT berjaya melepasi sehingga peringkat playoff bertemu Gamba Osaka (kelab J-League) namun tewas 0-3.

Sejarah tercipta musim hadapan, 2019 apabila JDT berjaya bersaing dalam peringkat kumpulan ACL 2019 buat pertama kalinya, bukan sahaja JDT malahan merupakan pasukan pertama dari Malaysia berjaya ke peringkat itu.

Tahun 2019 merupakan tahun mencabar buat JDT kerana JDT mahu mengekalkan kejuaraan Liga Super 2019 untuk kali keenam pula dan seterusnya melayakkan diri ke ACL 2020 buat kali kedua berturut-turut. Untuk melayakkkan diri ke ACL, JDT perlu menjuarai Liga Super selain dari ranking Malaysia berada di kedudukan enam terbaik Asia (AFC club competition ranking).

Dalam ACL 2019, JDT berada dalam Kumpulan E bersama pasukan Gyeongnam FC (Korea Selatan), dan dua lagi pasukan yang mungkin memenangi playoff (Kashima Antlers dan Shandong Luneng FC).

Mengharungi ACL 2019 memerlukan satu pasukan yang benar-benar mantap lebih-lebih lagi kesemua pasukan dalam ACL adalah pasukan gergasi dan terkuat dari negara seperti China, Jepun dan Korea Selatan selain dari Australia dan Thailand.

Antara persiapan JDT untuk musim hadapan adalah menandatangani dua pemain import baharu iaitu Aaron Niguez dan Mauricio dos Santos serta seorang lagi yang belum diumumkan oleh pihak JDT.

Selain itu JDT akan membuat perlawanan ujina yang dijangkakan ke negara Thailand menentang pasukan seperti Buriram United dan Muangthong United selain dari Bangkok United pada bulan hadapan, Januari 2019.

 Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) sedang dalam proses mempersiapkan pasukan yang lebih kuat bagi menghadapi musim 2019 yang pastinya lebih mencabar.

 Setelah memenangi 11 piala dalam tempoh 5 tahun, JDT pasti ingin tampil lebih baik demi mempertahankan kejuaraan Liga Super dan mengintai peluang memenangi piala-piala lain yang dipertandingkan.


Ulasan