Isael Barbosa : Luciano Figueroa Menafikan Khabar Angin JDT Mengikat Isael Untuk Musim Hadapan

Melalui posting terbaharu laman facebook JOHOR Southern Tigers sebentar tadi, pihak pengurusan JDT, Luciano Figueroa, Pengurus dan Ketua Jurulatih Kelab JDT telah menafikan JDT akan mengikat pemain dari Brazil, Isael Barbosa.


Namun kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) sebelum ini pernah meninjau pemain tersebut yang baru sahaja mengakhiri kontrak bersama kelab Kairat Almaty dari Kazakhstan.

“Walaubagaimanapun kami tidak ada membuat apa-apa tawaran kepada beliau dan kami juga tidak akan menandatangani beliau pada musim ini. Kami sudah mempunyai pemain lain yang lebih sesuai dengan pasukan kami dan bola sepak Asia.”

JDT sudah pun mempunyai pilihan pemain lain selain Isael Barbosa yang dianggap lebih sesuai dengan JDT.

JDT berada dalam perbincangan terakhir dan sedang menunggu untuk menyelesaikan beberapa perkara sebelum dapat mengumumkan pemain import baharu tersebut. 

Kenyataan dari JST tersebut bermakna semua khabar angin termasuk ‘transfer markt' yang mengatakan beliau akan menyertai kami adalah tidak benar sama sekali.



Maklumat dari : Transfer Markt

Setakat ini, JDT sudah membawa masuk dua pemain import baharu sebagai persediaan untuk terus mendominasi kancah bola sepak tempatan dan bersaing dalam Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim depan.

Bagi memperkukuhkan benteng susulan ketiadaan Marcos Antonio, skuad Harimau Selatan itu mendapatkan khidmat bekas pertahanan Lazio dan Spartak Moscow, Mauricio dos Santos.

Selain itu, mereka mengikat abang kepada pemain tengah Atletico Madrid, Saul Niguez iaitu Aaron Niguez yang mampu beraksi di beberapa posisi serangan buat pasukan itu.

Nampaknya para penyokong pasukan Johor perlu menunggu sedikit masa lagi sebelum mereka dapat mengetahui identiti pemain yang akan mengisi kuota import terakhir pasukan mereka secara rasmi.

Ulasan