FAKTA MENARIK | SEJARAH NEGERI JOHOR | PEWARIS TAKHTA KESULTANAN JOHOR - BAHAGIAN DUA
Sultan Iskandar melantik putera sulungnya Tunku Ibrahim Ismail sebagai Tunku Mahkota Johor pada tahun 1981. DYMM Sultan Ibrahim yang baru berusia 23 tahun ketika itu sudahpun kerap mewakili ayahandanya dalam tugasan rasmi dan negeri. Baginda kemudiannya dimasyurkan dalam satu istiadat khas sebagai Pemangku Raja Johor kerana Sultan Iskandar dilantik sebagai Yang Di-Pertuan Agong pada tahun 1984.
Pada ulangtahun keputeraan Sultan Iskandar yang ke-74, baginda berkenan memasyhurkan cucundanya DYAM Tunku Ismail sebagai Raja Muda Johor pada 8 April 2006. Sedari lantikan ini, Raja Muda Johor sebagai pewaris kedua takhta secara rasmi menjalankan tugas-tugas rasmi dan negeri sesuai dengan kedudukan yang disandangnya.
Sekali lagi sejarah tercipta apabila putera kepada DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail iaitu YAM Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim diperkenankan oleh DYMM Sultan Ibrahim Sultan Johor dengan persekutuan Majlis Jumaah Diraja Johor melantik, menjadikan dan menggelar cucundanya lelaki baginda sebagai Raja Muda Johor.
Sebagaimana hak dan kuasa yang termaktub di dalam Fasal 23 Bahagian Pertama dan Fasal 7(2E) Bahagian Kedua, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor, Raja Muda Johor adalah pewaris kedua takhta Kesultanan Johor Moden. Allah Peliharakan Sultan.
———
INTERESTING FACTS | HISTORY OF JOHOR | HEIRS TO JOHOR SULTANATE THRONE - PART TWO
Sultan Iskandar named eldest prince Tunku Ibrahim Ismail as Crown Prince of Johor in 1981. HM Sultan Ibrahim, who was 23 years old at that time, had already often represented the Sultan in official and state matters. His Majesty was then crowned in a special ceremony as the Regent of Johor when Sultan Iskandar became Yang Di-Pertuan Agong in 1984.
During the 74th birthday of Sultan Iskandar, His Majesty named grandson HRH Tunku Ismail as Raja Muda of Johor on 8 April 2006. As the second in line to succession, Raja Muda of Johor carried out official and state duties in accordance to the title.
History was once again created when HRH Major General Tunku Ismail's prince, HH Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim, was recommended by HM Sultan Ibrahim to the Johor Council of Royal Court to appoint, make and name His Majesty's grandson as Raja Muda of Johor.
As stated in Clause 23 Part One and Clause 7(2E) Part Two of the Johor State Constitution, Raja Muda of Johor is the second in line of succession to the Modern Johor Sultanate throne. Allah Peliharakan Sultan.
Johor Mesti Sentiasa Jadi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
Ulasan
Catat Ulasan