INTERESTING FACTS | HISTORY OF JOHOR | JOHOR AS EXEMPLARY SOVEREIGN GOVERNMENT - PART THREE

FAKTA MENARIK | SEJARAH NEGERI JOHOR | JOHOR SEBAGAI RUJUKAN SEBUAH KERAJAAN BERDAULAT - BAHAGIAN TIGA
Sultan-Sultan Johor selepas Sultan Sir Abu Bakar meneruskan wawasan baginda dengan menambah baik segala corak pemerintahan yang ditinggalkan oleh baginda. Dalam soal adat istiadat istana, Kesultanan Johor amat prihatin kepada rakyat dan mahu perlakuan adat itu semoleknya tidak menyulitkan rakyat. Johor merupakan negeri pertama yang melakukan perkara seumpama ini.
Mengikut adat istiadat Kesultanan Melayu yang lama, banyak perkara yang tidak dipraktikkan oleh Kesultanan Johor Moden dan ada antaranya digabungkan dengan elemen barat. Perlakuan adat istiadat ini dijadikan contoh dan ikutan negeri lain dan juga dalam istiadat melibatkan Yang di-Pertuan Agong seperti contohnya pakaian istiadat dan perlakuan cara penghormatan.
Sultan Sir Abu Bakar mempermudahkan cara hormat takzim bagi lelaki dan wanita. Bagaimanapun baginda mahu unsur dan budaya Islam dikekalkan seperti bacaan doa memohon perlindungan Allah sebelum dan sesudah majlis serta melakukan sumpah syarie seperti ketika permashyuran Sultan, penerimaan watikah lantikan dan menerima darjah kebesaran.
Permainan nobat juga tidak lagi digunakan ketika Sultan berangkat masuk dan meninggalkan majlis dalam pemerintahan Sultan Sir Abu Bakar dan digantikan dengan lagu Negeri Johor yang dikenali sebagai Lagu Bangsa Johor. Allah Peliharakan Sultan.
———
INTERESTING FACTS | HISTORY OF JOHOR | JOHOR AS EXEMPLARY SOVEREIGN GOVERNMENT - PART THREE
The subsequent Johor Sultans after Sultan Sir Abu Bakar have continued His Majesty's vision by improving the administrative style left behind by His Majesty. When it comes to palace customs, the Johor Sultanate is very concerned about the people and does not want the practices to be inconvenient for the people. Johor is the first state to do so.
Compared to the old Malay Sultanate customs, many are no longer practised by the Modern Johor Sultanate and there are even Western elements incorporated into it. Such customs have become exemplary to other states and can be found in customs involving Yang Di-Pertuan Agong such as ceremonial attires and etiquette rules.
Sultan Sir Abu Bakar made it easier for men and women to convey respect. However, His Majesty wanted Islamic cultures and elements to be retained such as praying to seek for Allah's protection before and after a ceremony as well as making syarie oaths during the crowning of Sultan, appointments, and title conferments.
The beating of drums to announce the arrival and departure of the Sultan to ceremonies is no longer practiced during the reign of Sultan Sir Abu Bakar, and was replaced with the Johor state anthem known as "Lagu Bangsa Johor". Allah Peliharakan Sultan.

Ulasan