FAKTA MENARIK | SEJARAH NEGERI JOHOR | JOHOR SEBAGAI RUJUKAN SEBUAH KERAJAAN BERDAULAT - BAHAGIAN DUA
Sultan Sir Abu Bakar terkenal sebagai Raja Melayu pertama dari kerajaan dalam kepulauan Melayu nusantara yang telah melawat England iaitu pada tahun 1866. Baginda juga menjadi Raja Melayu pertama diberi pengiktirafan antarabangsa kerana memperkenalkan Johor di arena politik dan perdagangan antarabangsa.
Baginda juga terkenal sebagai contoh dikalangan raja-raja Melayu yang lain sebagai seorang raja yang cekal dengan pendiriannya mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negeri Johor dari penjajahan Inggeris selama 33 tahun berturut-turut. Sebagai pemerintah negeri Johor yang bijak, baginda menumpukan kepada sistem pengurusan dan pentadbiran negeri yang cekap dan efisien bagi membanteras perancangan licik pentadbiran kolonial Inggeris.
Usaha ini dibantu oleh kecekapan pentadbir negeri yang sentiasa bekerjasama erat menjunjung titah baginda. Menyedari akan negeri Johor memerlukan ‘rakan kongsi’ untuk dibangunkan, baginda membuka peluang kepada orang Melayu dan keturunan Melayu dari kepulauan Indonesia, orang Cina dan orang India dalam kebersamaan memajukan negeri.
Perubahan drastik landskap keseluruhan kemajuan negeri Johor ketika itu menjadikan Johor tampil sebagai negeri Melayu pertama yang maju dalam semua aspek. Pelbagai kaum hidup menghormati kepentingan antara satu dengan yang lain kerana menjunjung titah Sultan Johor sehingga kini.
Sultan Sir Abu Bakar turut amat menitikberatkan hal ehwal negeri dan rakyat. Baginda menekankan persefahaman, kerjasama dan toleransi antara rakyat baginda yang datang dari pelbagai kaum. Bertepatan dengan itu, baginda memperkenalkan seruan “Muafakat itu Berkat” dan mahu seruan itu berterusan hingga kini.
Kesinambungannya diteruskan oleh Sultan-Sultan Johor berikutnya dan menjadi asas pegangan kepimpinan DYMM Sultan Ibrahim Sultan Johor dan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Tunku Mahkota Johor. Allah Peliharakan Sultan.
———
INTERESTING FACTS | HISTORY OF JOHOR | JOHOR AS EXEMPLARY SOVEREIGN GOVERNMENT - PART TWO
Sultan Sir Abu Bakar was known as the first Malay ruler from a government on the Malay peninsular to visit England in 1866. His Majesty was also the first Malay ruler to be given international recognition for introducing Johor to political and international trading arenas.
His Majesty was also known for being an example among other Malay rulers as a ruler who stood strong on own principles in defending the independence and sovereignty of Johor from the British colonisation for 33 consecutive years. As a wise Johor ruler, His Majesty focused on having well planned and efficient state administrative and management systems to counter sneaky plans from the British colonial administration.
The efforts were helped by the efficiency of state officials who worked hand in hand to carry out His Majesty's decrees. Realising that Johor needed partners to develop, His Majesty gave opportunities to Malays and Malay descendants from Indonesia, the Chinese and Indians to develop the state together.
Drastic changes to Johor's overall development landscape at that time saw Johor become the first Malay state to be advanced in all aspects. Various races have lived in harmony and with respect for one another because they have adhered to the Sultan of Johor's decree to this day.
Sultan Sir Abu Bakar also emphasised on matters about the state and the people. His Majesty focused on fostering understanding, cooperation and tolerance among His Majesty's subjects of various races. In line with that, His Majesty introduced a "Concord Is A Blessing" slogan and wanted it to be used until today.
All the values have been inherited by succeeding Johor Sultans and become principles of HM Sultan Ibrahim, Sultan of Johor, and HRH Major General Tunku Ismail, Crown Prince of Johor. Allah Peliharakan Sultan.
Johor Mesti Sentiasa Jadi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
Ulasan
Catat Ulasan