FAKTA MENARIK | SEJARAH NEGERI JOHOR | JOHOR SEBAGAI RUJUKAN SEBUAH KERAJAAN BERDAULAT - BAHAGIAN SATU
Keistimewaan negeri Johor merupakan hasil usaha Kesultanan Johor Moden dengan mengadunkan budaya Melayu, Islam dan Barat yang juga diwarisi daripada zaman kegemilangan empayar Johor. Kegemilangan Johor terkenal sejak zaman perpecahan Kesultanan Melayu Melaka ke zaman dinasti Bendahara, dinasti Temenggong sehingga sekarang.
Sultan Sir Abu Bakar memperkenalkan elemen Inggeris serta mengekalkan budaya Melayu sebagai inovasi pembaharuan untuk menjadikan negeri Johor sebuah negeri Melayu yang moden. Baginda menginovasikan sistem pentadbiran, teknologi moden, pengangkutan, keselamatan, pertahanan, reka bentuk bangunan, cara berpakaian dan cara memartabatkan kedaulatan baginda.
Hasil kebijaksanaan dan wawasan Sultan Sir Abu Bakar, baginda telah menubuhkan sebuah kerajaan Melayu moden yang mengekalkan kedaulatan dengan mewujudkan pembaharuan mendahului negeri-negeri lain dan menjadi ikon negeri Johor.
Pembaharuan yang dilakukan antaranya seperti Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri 1895, Mahkota Kerajaan, Darjah Kerabat dan Darjah Mahkota, Askar Timbalan Setia Negeri, Jata Negeri dan lain-lain jelas mendahului kerajaan-kerajaan negeri Melayu yang ada pada ketika itu. Allah Peliharakan Sultan.
———
INTERESTING FACTS | HISTORY OF JOHOR | JOHOR AS EXEMPLARY SOVEREIGN GOVERNMENT - PART ONE
Johor's uniqueness is a result of the Modern Johor Sultanate's efforts by merging Malay, Islamic and Western cultures passed down from the glory days of the Johor empire. Johor's glory has been well known since the fall of the Melaka Malay Sultanate to the Bendahara and Temenggong dynasties to this day.
Sultan Sir Abu Bakar introduced English elements while maintaining the Malay cultures as part of new innovations to turn Johor into a modern Malay state. His Majesty innovated an administrative system, modern technology, transportation, security, defence, building designs, dress codes and ways to uphold His Majesty's sovereignty.
As a result of Sultan Sir Abu Bakar's wisdom and insights, His Majesty built a modern Malay government that maintained its sovereignty by introducing innovations that were ahead of other states and became Johor's icons.
The reforms introduced included the Johor State Constitution 1895, the Royal Crown, State and Royal titles, the Johor Military Forces, the State's coat of arms and many more that were clearly ahead of other Malay state governments at that time. Allah Peliharakan Sultan.
Johor Mesti Sentiasa Jadi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
Ulasan
Catat Ulasan